TONTON WAYANG JUMANJI 2017

Tuesday, December 26, 2017
Kemana kita hujung minggu? Kami sekeluarga penuh dengan aktiviti bersama keluarga. Ahad bermula tengah hari pergi kenduri. Balik rehat di rumah. Malam pergi tonton wayang bersama family. Kami pilih MBO di Viva Home sebab lebih murah dan senang nak parking. Kalau pergi tempat lain belum tentu senang nak parking. hihi



Ummi bersama 2 ketul sebelum masuk panggung. Ini adalah filem kedua adik dengan abang tengok. First dulu tengok cerita boboboy. Masa tu adik kecik lagi. Siap main naik turun tangga. Kami 4 beranak tengok boboboy. Yang lain tengok cerita Munafik. Munafik kami tak boleh tengok sebab anak-anak bawah umur. So layan jela Boboboy the movie. Abang Aus sampai menangis sebab opocot nak mati. Hahahaha.

Sedikit review untuk #jumanji2017 ni, boleh tahan best. Ada segmen kelakar bila Bethanie yang diluarnya wanita bertukar menjadi watak lelaki. 

Kisah 4 orang remaja yang terperangkap dalam permainan zaman dahulu. Diberikan 3 nyawa sahaja untuk hidup. Lebih 3 nyawa digunakan bermakna akan mati. 

Jadi mereka harus menamatkan permainan tersebut dengan memulangkan batu permata ke tempat asalnya iaitu di mata harimau. Kesemua watak diberikan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sangat-sangat berbeza dengan dunia realiti.

So, berbaloi jugaklah tengok cerita ni. Namun pada Feni yang no 1 lagi best sebab ada monyet bawak motor. Nanti nak tengok jumanji dulu la. Ada kat astro malam ni. 




Lepas tengok wayang. Perut dah berbunyi minta diisi. Kami akhirnya memilih Old Town White Coffee sebab kedai banyak dah tutup. Lepak bersama beramai-ramai memang best. Lepas makan balik rumah terus tidur. Esoknya hari cuti hari Cristmas. Abah dengan Pakwe kerja jadi tak boleh nak berpoya-poya lama-lama.







Selfie sikit ummi dengan abang. Guna henpon Paksu. Abang kata abang taknak senyum. huhuhu



2 comments:

  1. Salam Feni.. bestnya tengok Jumanji. Sis belum tonton lagi huhu.. nanti nak tengok juga lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tengok la sis Awa. Best citer ni. Feni bawak anak-anak skali. Hihi

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.