Sehari Satu Cerita 3

Sunday, February 11, 2018
Masak apa pagi ini ? Pagi-pagi anak-anak dah menjerit lapar. Jadi ummi buat nasi goreng dengan bahan-bahan yang ada. Kebetulan semalam masak nasi lebih dan banyak yang tak habis. Memang sesuai sangat buat nasi goreng.

Nasi goreng "bodo" orang kata. Janji perut kenyang dan tak lapar. Bahan-bahan bawang merah, bawang putih, cili dan isi ikan goreng. Hari ni ummi tak bubuh telur dalam nasi goreng. Semalam nasi goreng telur, hari ni ummi buat telur dadar asing.

Nasi goreng, telur dadar dan air teh untuk pagi ni. Alhamdulillah kenyang sudah kami 4 beranak. Lepas siap masak, masa untuk kemas rumah. Basuh baju dan sidai baju. Kerja rumah ni takkan habis. Kejap sapu sampah. Kejap lipat baju. Kejap basuh pinggan.

Dengan anak-anak yang sedang membesar memang kena banyak sabar. Banyak yang mereka nak terokai. Kita kemas kat sini, dia buat sepah dekat sana. Kemas di sana, dia buat sepah sini. Jadi seorang ibu ni memang kena banyak sabar.

Mainan anak-anak saja dah berbakul-bakul. Bila main kadang-kadang tak reti nak kemas balik. Kadang-kadang sampai kena ugut dulu baru nak kemaskan. Kalau tak kemas tak boleh keluar main. Macam tu lah hari-hari. Anak-anak ni tak boleh nak sekat sangat apa yang mereka nak buat. Biar mereka nikmati hidup ini.
Feni suka dedahkan anak-anak dengan persekitaran. Biar mereka faham dengan apa yang ada di sekililing. Kalau pergi pantai, Feni bawa penyodok pasir supaya mereka boleh main-main dengan pasir. Untuk perkembangan otak mereka. Melalui sentuhan, boleh meningkatkan daya imiginasi mereka. Jadi, lepas ni bila ada yang tanya macam mana rasa pasir, anak-anak Feni boleh bayangkan yang pasir itu halus dan kasar. Kesat dan berbiji-biji. 
Benda-benda macam ni memang perlu didedahkan awal untuk anak-anak supaya mereka lebih cerdik dan bijak. Feni seorang ibu yang mahukan anak-anak merasai setiap saat mereka membesar. Menikmati zaman kanak-kanak sebagai seorang kanak-kanak. Dalam masa yang sama mengajar mereka tentang kehidupan.

Anak-anak ni, walaupun umur mereka masih kecil tapi sangat memahami perasaan kita orang dewasa. Anak-anak boleh jadi sahabat yang baik untuk kita. Pendengar yang baik dan sangat memahami. Sebab tu kalau kita tak mampu kita harus berterus terang yang kita masih belum mampu untuk tunaikan apa yang mereka mahu. Walaupun ada kalanya mereka memberontak tapi bila kita cakap elok-elok inshaAllah semuanya akan berjalan dengan baik.

Kita yang membentuk anak kita jadi macam mana.

2 comments:

  1. Nasi goreg bodo tu bg sis nasi goreng cina. Sebabnya bahan dia simple sesangat mcm nasi goreng cina tu =D

    Anyway, sis anak 6... so merasa la juga cabaran jadi ibu ni. Jika ada masa jemput singgah dan follow blog sis ye. www.sishawa.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sis Hawa. Selalu singgah blog Feni. Nnti nak ushar tips best2 dr sis.

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.