Tips Untuk Mengatasi Bengkak Kaki Bagi Wanita Hamil
Bengkak kaki ketika hamil ? Feni pernah juga alami masalah bengkak kaki ni ketika hamil. Sampai satu ketika tu kena beli selipar baru sebab kaki dan semakin mengembang. Selalunya bengkak ini terjadi bila usia kandungan dah semakin membesar. Biasanya ketika usia kandungan 5 bulan dan seterusnya.
Apabila bayi dah makin besar pelvikatau rahim ibu hamil akan bagi tekanan pada salur darah besar yang mana menerima darah dari anggota badan bahagian bawah. Salur darah ni dipanggil vena kava. Bayi dah menekan rahim kita pastu bagi tekanan pada pelvik.
Jadi, bila dah terima tekanan ini akan menyebabkan peredaran darah di bahagian tu jadi perlahan dah darah pun akan berkumpul. Bila tekanan yang tadi tu memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk dalam tiau tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Air biasanya kan akan diserap okeh badan. Kita ni bila waktu mengandung akan simpan air lebih banyak dari biasa dan ni jugak akan menambahkan lagi kebengkakan tadi.
Terdapat juga faktor lain yang menyebabkan kaki bengkak. Antaranya ialah:
1. Makan makanan yang kurang kalium (pottasium)
2. Pengambilan makanan yang masin dengan kerap dan banyak
3. Cuaca yang sangat panas
4. Meminum minuman berkafein seperti kopi terlalu banyak. Anda boleh gantikan dengan minuman tenaga yang lebih sesuai untuk ibu hamil
5. Berdiri/duduk terlalu lama
Tips Untuk Mengurangkan Bengkak Kaki
1- Elakkan daripada berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama. Sesekali lakukan regangan untuk melancarkan peredaran darah
2- Kurangkan pengambilan minuman berkafein
3- Kurangkan pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi
4- Elakkan berpanas di luar dalam tempoh yang lama
5- Makan makanan yang tinggi potassium seperti pisang
6- Tinggikan posisi kaki anda ketika tidur dengan melapik beberapa biji bantal di bawah kaki
7- Elakkan penggunaan kasut tumit tinggi
8- Elakkan pakaian yang ketat di bahagian pergelangan tangan, kaki atau buku lali
9- Boleh cuba untuk mandi air suam
10- Boleh cuba untuk letakkan ais pada tempat bengkak
11- Banyakkan meminum air kosong
Vitamin Yang Membantu Ibu Hamil
1. ESP
Merupakan sumber protein yang sangat bagus untuk ibu hamil. Memberikan tenaga dan membantu mengenyangkan. Selain menjadikan ibu lebih sihat dan cergas, ia juga membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Ostematrix
Ini merupakan sumber kalsium yang sangat bagus bagi ibu hamil. Ibu hamil memerlukan banyak kalsium bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. Ostematrix juga membantu ibu yang tidak minum susu kerana dalam bentul pil. Sebiji ostematrix bersamaan segelas susu.
3. Vitamin C
Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi. Mengelakkan jangkitan virus seperti demam, batuk dan selsema. Ibu hamil digalakkan ambil vitamin C bermula seawal kehamilan hinggalah menyusukan anak. Ia juga adalah salah satu vitamin yang mempercepatkan proses penyembuhan. Pengambilan vitamin C juga mampu mengelakkan loya ibu.
4. Omega Guard
Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard membantu membina otak yang bijak. Mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah dan melancarkan perjalanan darah. Namun dinasihatkan supaya mendapat nasihat yang betul bagi mengamalkan Omega Guard.
5. Vitalea
Multivitamin penting untuk ibu hamil. Meningkatkan HB ibu dan mengurangkan masalah hb low. Anemia atau darah rendah boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu dan bayi. Pengambilan Vitalea yang betul membantu ibu untuk lebih sihat dan bertenaga.
6. B-Complex
Vitamin yang penting untuk ibu hamil, sebelum hamil, dan selepas hamil. Vitamin B-complex membantu dalam mendapatkan bayi yang sihat. Anti-stress dan membantu menenangkan.
Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh menghubungi Feni.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !