MUDAHNYA BERNIAGA ONLINE

Thursday, March 15, 2018

Bismillahirahmanirahim. 

Hari ni ramai yang memilih untuk buat 2 kerja bagi menampung perbelanjaan yang semakin hari semakin sesak dada. Kalau betul-betul tak buat bajet boleh menyebabkan kepala sakit dan stress. Tekanan perasaan sebab seringkali memikirkan tentang perbelanjaan harian. Tambah-tambah lagi bila hidup di kota macam Kuala Lumpur ni.

Sekarang ni banyak peluang-peluang perniagaan yang melibatkan online di media sosial. Antara media sosial yang paling popular di Malaysia ialah melalui Facebook, Instagram, Blog dan juga beberapa media sosial lain yang berbayar seperti Lazada, Shopee, 11Street dan banyak lagi yang tumbuh bagaikan cendawan.  

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak boleh mulakan perniagaan online yang "zero modal" seperti Dropship yang banyak ditawarkan di group-group iklan di Facebook. Mulakan dengan mengumpul modal untuk mendaftar sebagai dropship. Keuntungan dropship dalam RM5 hingga RM10 untuk setiap produk. Tugas dropship adalah hanya mempromosikan produk di medium-medium sosial. InshaAllah bila marketing berjalan dan orang mula kenal, akan ada sales yang masuk. 


Untuk memulakan perniagaan secara dropship, modal yang diperlukan ialah handphone dan juga internet. Bila ada liputan internet mudahlah bagi kita untuk mempromosikan produk yang kita tawarkan.



5 Medium Pemasaran Sosial Yang boleh di Cuba


1. Facebook

Bagi yang baru nak memulakan perniagaan dan tidak mempunyai banyak modal boleh gunakan face dengan menggunakan Facebook personal. Bina hubungan dengan rakan-rakan dan sentiasa 'branding'kan diri untuk menimbulkan kepercayaan orang lain bagi mendapatkan produk dengan kita. Maklum saja sekarang ni ramai yang buat akaun palsu bagi menipu pengguna. Ini adalah percuma dan hanya perlu menonjolkan diri selalu.

2. Instagram

Instagram juga satu medium yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Adakalanya #instafemes boleh menjana pendapatan melebih RM10K sebulan hanya dengan memuatnaik video dan photo di instagram. Gambar yang dimuatnaik di intagram haruslah cantik kerana instagram lebih menitikberatkan gambar yang menarik. Penggunaan #tag yang sesuai juga penting bagi menarik minat followers.

3. Blog

Medium yang sangat penting untuk menulis segala kebaikan dan juga kelemahan sesuatu produk. Melalui blog juga kita boleh menerangkan lebih panjang lebar tentang produk atau servis yang kita buat. Blog sangat penting sebab ia boleh dicari melalui "Google Search Engine". Bila orang taip je terus keluar gi google. Jadi jangan lupakan medium blog sebagai satu medium pemasaran yang penting.

4. Youtube

Semakin hari semakin ramai yang menjana pendapatan melalui Youtube. Bagi mereka yang suka travel dan suka share pengalaman dengan rakan-rakan. Kadang-kadang susah nak update tentang aktiviti mereka. Jadi dengan hanya merakam aktiviti mereka semasa travel sudah boleh di muat naik ke Youtube. Hasilkan video-video yang dicari-cari oleh pengguna.

5. Whatsapp

Whatsapp adalah medium chat yang percuma. Sesuai untuk merekan yang menjalankan bisnes online. Ini memudahkan pembeli dan juga pengedar berhubung. Bagi mendapatkan produk pembeli akan menghubungi pengedar melalui Whatsapp.



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.