TABUNGAN 52 MINGGU

Wednesday, March 21, 2018
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan nak share tentang tabungan 52 minggu. Hehe sebelum ni selalu buat tabung ikut warna iaitu biru, hijau, merah dan juga kuning. Sampai masa kita keluarkan.

Alhamdulillah tahun lepas, kami berjaya mengumpul hampir RM500 dan kami buat belanja pergi Langkawi. Beli tiket untuk masuk tempat-tempat di Langkawi. Kami beli di Matta Fair bulan 9 tahun lepas. Jadi lebih untung berbanding beli di kaunter di sana.

Untungnya beli tiket-tiket di Matta Fair, harganya lebih murah dan tak perlu beratur lama di kaunter. Banyak juga tempat yang kami dapat pergi masa di langkawi hari tu

Okey tabungan ikut kaler berjaya mencapai misi. Kini misi diteruskan kembali dengan usaha menabung 52 minggu. ni dalam sesi blogwalking dan ternampak ada orang share pasal tabungan 52 minggu ni.


Mula-mula tak paham pun macam mana rupa tabungan 52 minggu ni. Study sikit-sikit rupanya menabung ikut minggu. Contoh macam Feni sekarang dah berada di minggu yang ke 12. Jadi kena masukkan duit RM12 sebagai mencukupkan syarat tabungan. Jumlah setakat 12 ialah RM78. 

Bila buat macam ni takdelah terasa berat sangat. Kadang-kadang kita ni kalau perabih duit ke arah lain boleh saja. Nak menabung bukan main liat lagi. Jadi langkah untuk menabung secara mingguan ini adalah salah satu cara untuk memupuk diri menabung.

Terima kasih kepada mereka yang suka share benda-benda baik macam ni. Bila orang lain buat pahala berganda-ganda. Untuk Feni pulak memang rasa perlu share sebab nak kutip pahala banyak-banyak. Template dia boleh buat sendiri jer guna excel. Feni guna excel je sebab senang nak adjust ikut kesesuaian botol duit tu.


Mula-mula buat dua baris tapi tak muat nak tampal di botol. Adjust kepada 3 baris baru nampak cantik. Nak tanda dekat remark pun semakin bersemangat.

Jom kita menabung.

No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.