5 KEBAIKAN BERSENAM 20 MINIT SEHARI

Thursday, April 19, 2018


Susahnya nak bersenam setiap hari. Banyak sangat alasan padahal hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Sambil-sambil buat kerja pun boleh bersenam.

1. Membakar Lemak


Apabila kita bersenam seperti berjoging selama 20 minit sehari dapat membantu membakar lemak-lemak jahat di badan. Tubuh akan mengepam oksigen ke seluruh tubuh untuk membakar lemak dan mengubahnya menjadi tenaga. Joging selama 20 minti setiap hari membantu kita menghasilkan defisit kalori sehingga lemak lebih cepat tersingkir.

2. Mengurangkan Keletihan


Kajian menunjukkan bahawa melakukan senaman selama 20 minit tiga kali sehari mengalami peningkatan kadar tenaga sehingga 65 peratus.

3. Menyihatkan Jantung


Senaman yang konsisten setiap hari membantu meningkatkan degupan jantung dan mendorong paru-paru bekerja dengan kapasiti yang tinggi. Selain itu senaman juga menguatkan seluruh otot tubuh. Senaman membantu meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol serta mencegah diabetis.


4. Menguatkan Tulang dan Sendi

Senaman yang konsisten seperti joging dan yoga membantu dalam menguatkan tulang dan sendi. Kadang-kadang kita ni kurang bersenam menyebabkan tulang kurang bergerak. Pergerakan tulang semasa senaman secara tidak langsung menguatkan tulang dan juga sendi.

5. Membuat Diri Lebih Gembira dan Bahagia

Senaman merupakan salah satu gaya yang sihat yang membantu dalam membangkitkan mood yang lebih ceria. Peningkatan tenaga membantu dalam membina keyakinan diri. Rutin senaman yang kerap boleh melepaskan hormon anti stress.

Jom kita bersenam 20 minit setiap hari.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.