PILIHLAH KAWAN YANG BOLEH MEMBIMBING KITA KE JALAN ALLAH
Sungguh aku tidak punyai ramai kawan yang dianggap BFF. Lebih senang macam ni. Berkawan dengan yang sudi nak berkawan.
Sekarang bukan zaman kanak-kanak atau zaman remaja lagi nak sentap-sentap dengan orang sekeliling. Lebih fokus untuk membesarkan dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna untuk agama dan bangsa.
Alhamdulillah diberikan nikmat oleh Allah untuk teruskan kehidupan ini sehingga hari ini. Banyak suka dan duka dilalui. Kebanyakan pengalaman ini menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan.
Berpesan-pesan sesama insan untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak juga kawan-kawan yang negatif, aku jauhkan sebab aku taknak aura negatif itu singgah pada aku. Bukan apa, kita ni dalam menuju ke arah kebaikan memang banyak sangat dugaan. Nak istiqamah ke arah jalan yang baik tu bukan senang.
Nak mulakan tu rasa sangat susah sangat. Bila dah buat dan nak terus konsisten pun susah.
Tahu tak bukan senang nak bangkit untuk melawan seorang diri. Bukan senang nak dapat apa yang kita mahukan kalau tanpa sokongan orang sekeliling kita. Kadang-kadang luaran je nampak cool tapi dalaman hanya kita saja yang tahu.
Takkan kita nak cerita semua benda dekat orang. Ada benda boleh share dan ada benda kita tak boleh share. Satu perkara tentang sahabat ialah saat kita susah, dia akan selalu ada bersama kita bukan lupakan kita terus macam tu. Kita pun nak dapat sahabat yang baik seperti yang kita harapkan. Kita yang perlu mulakan dulu.
Dunia ini sentiasa berputar dan sampai masa kita akan kembali juga kepada Allah bila sampai masanya. Kadang-kadang Allah bagi nikmat sebab nak tengok kita ni bersyukur ke tidak. Sebab tu penting ada kawan yang boleh mengingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.
Bila dah berumur ni agak sensitif dengan kehidupan. Allah suruh kita beringat tentang kematian. Kematian yang kita tak tahu bila masanya. Beruntung bagi mereka yang sudah tahu bila malaikat maut nak jemput dia. Kita ni asyik lagra dengan urusan dunia. Allahuakbar, ampunkan aku tuhan.
Sungguh banyak lagi yang belum selesai.
saya tak ramai kawan.
ReplyDeletemasa saya banyak digunakan untuk online..
terhad untuk aktiviti sosial begini