Mood Raya Is ON !

Tuesday, June 12, 2018
Wahhh tajuk kemain semangat. Nak balik raya ni weiii. Baju raya dah siap semua. Esok hari terakhir kerja. Lusa lepas siap-siap beli barang nak balik kampung terus gerak. Harapnya perjalanan balik tidaklah sesak dengan kenderaan. 

Hari ni pergi shopping bawal di Jalan Tar. Punyalah sesak jalannya. Dengan panas dan dahaga semua ada. Minta izin dengan bos nak keluar awal sebab nak beli tudung di Jalan Tar. Alhamdulillah bos pun seakan memahami dan mengizinkan aku dengan kak Diana pergi.

Kami pergi dengan LRT. Tempat pertama ialah Sogo. Beli sikit-sikit barang. Kemudian beli kerongsang yang kecil-kecil tu sebab senang nak pakai shawl. Nak raya ni kalau takde kerongsang memang harulah. Tiap-tiap tahun mesti shopping kerongsang. Kali ni Feni beli yang 12 biji RM10 tu. Haa murah sangat kan. 

Dah siap membeli kerongsang baru kami pergi ke kedai tudung bawal tu. Kebanyakkan kedai dah taknak ambil borong sebab laku keras. Dia ambil yang loose je. Jual satu satu. Jadi harga gak mahal berbanding borong. Feni nak ambil borong jadi kena cari kedai yang boleh jual borong. Cari punya cari mujur lah jumpa satu kedai ni. Tu pun dah tak banyak pilihan. Nak tak nak ambil jela. Feni ambil 3 kodi. Satu kodi bersamaan 20 helai. Jadi 60 helai semuanya. Yang Kak Diana saja dah 7 helai.

InshaAllah semuanya mesti laku sebab kaler-kaler semua cantik belaka.

Belum raya lagi anak-anak dah dapat banyak duit raya dari mak sedara dengan bapak sedara depa. Alhamdulillah rezeki anak-anak memang tak pernah putus. Angah belanja baju raya sepasang sorang. Cikni dia belanja baju kurta untuk semua kami anak beranak. Ni dia beli siap-siap masa pergi Vietnam bulan empat hari tu. Syukur sangat rezeki memang tak pernah putus.

Semalam Abang Din sahabat ummi di pejabat bagi duit raya. Hari ni Kak Diana pula bagi buah tangan dengan duit raya untuk anak-anak. 


Haiii memang tak sabar sungguh nak balik kampung ni. Tunggu esok sehari je kerja. Lusa dah cuti dan balik kampung. Team raya mana tahun ni ? Kami macam biasa, balik Perak dulu kemudian baru balik Kelantan.

Tahun ni tak boleh raya sakan sebab cuti tak lama. Hubby pun 19 haribulan dah mula kerja. Lepas raya kena kerja keras pulak cari duit nak belanja hari-hari yang mendatang.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.