CERMIN MATA BARU SAYA
Alhamdulillah hidup ini semakin baik. Banyak benda yang berlaku dengan izin Allah diberikan yang terbaik. Syukur sebab Allah selalu bagi jalan untuk terus istiqamah.
Banyak impian yang tercapai dengan mudah.
Sabtu yang lepas memang penat sangat sebab seharian mengemas rumah. Pukul 11.00 tengahari keluar dari rumah pergi makan. Lepas makan pergi ke HKL (maksud saya di sekitar HKL) untuk ambil cermin mata baru. Power mata dah naik banyak. Kadang-kadang sampai sakit kepala nak muntah dibuatnya. Maklumlah dah 3 tahun tak tukar.
Kali ni Feni buat di EYE KLEEN OPTICAL SDN BHD. Bersebelahan dengan HKL, bangunan MMA. Kalau lalu situ nampak lampu menyala. Kedai tu lah. Mr. David yang buat pemeriksaan mata.
Dia akan tanya sudah berapa lama pakai spek mata ni ? Feni pun jawablah sudah 3 tahun. Yang lama ni tahun 2015. Dia cakap masalah mata ni, kalau boleh kena buat pemeriksaan setahun sekali. Kita pun okey sebab selagi mata ni nampak, tak ada masalah boleh melihat dan paling best tak sakit kepala. Feni ni sebab tak tahan sakit kepala lah nak taknak kena buat jugak.
Best di sini sebab dia guna alat moden dan tradisional. Feni ni macam agak cerewet sikit bab cermin mata ni. Salah sikit boleh sakit kepala. Itu yang tak tahan. Bila pergi kedai cermin mata biasa ni nampak macam budak-budak yang buat pemeriksaan jadi level confident itu agak kurang. Bila pergi kedai Mr. David ni dan tengok cara dia macam yakin je. Cara dia cek mata. Dia ukur anak mata. Guna alat yang dulu-dulu.
Inilah keputusan pemeriksaan mata Feni. Naik 100 dan silau pun naik. sebelah kanan naik 10 dan kiri 5. Senak mata rasanya. Dia tanya nak yang elok ke. Feni cakap nak yang elok tapi takut tak cukup duit. Hehe ayat bodek. Dia cakap mana ada mahal laa. Tapi memang pun. Sebelum ni Feni buat cermin mata pun lebih RM500.00.
Mr. David bagi harga RM300.00 siap pasang. Bingkai RM150.00 dan lens RM150.00. Alhamdulillah rezeki.Terlupa nak snap resitnya. No GST kan jadi agak murah. Kalau ada GST Feni kena tambah lagi 6% iaitu RM18.00. Yeyyy boleh makan cendol.
Pilih punya pilih tengok yang ni je macam sesuai. Yang lama macam terlalu rapat sehingga bulu mata pon boleh kena cermin. Yang ni ada ampu di bawah.
Perbezaan yang lama dan yang baru. Yang lama nampak kecik dan yang baru ni agak luas. Semoga tidak mengganggu pemandanganku untuk melihat keindahan dunia.
Cerita bab cermin mata ni. Semoga suatu hari nanti duit Feni berkepuk-kepuk boleh buat pembedahan lasik. Tak payah pakai spek mata dan tidak rabun lagi. Dulu kalau nak kenduri sanggup pakai contact lens. Sekarang dag beranak pinak memang takdan nak bersiap macam dulu. Sibuk uruskan anak-anak dengan suami dulu lah.
Semoga sakit kepala ini akan hilang dengan adanya cermin mata baru ini.

No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !