Plaza GM Kuala Lumpur

Tuesday, July 24, 2018
Assalamualaikum. Kali ni Kak Feni nak share satu tempat menarik sebagai lubuk buat duit untuk seller online yang memang minat berbisnes macam Kak Feni. Mula-mula ushar untuk diri sendiri je lama-lama macam best pulak bila kita dapat barang free.

Sambil-sambil ambil order untuk orang lain, kita pun dapat barang free. Alhamdulillah macam personal shopper pun ada dah Kak Feni ni.

Mula-mula pergi nak beli barang yang kawan-kawan order online. Bila tengok harga borong lebih murah di Plaza GM. Kak Feni pun takkan ketinggalan untuk grab satu. Contohnya. macam satu bag RM50.00. Kalau beli borong dapat RM25.00. (kena beli 3 barang ke atas). Jadi untuk 3 bag Kak Feni cuma perlu bayar RM75.00. Kalau harga beg tu RM50.00 satu. Kak Feni tak pelu bayar dengan harga RM50 tapi dapat dengan harga  borong. Kalau beli untuk kawan-kawan lain. Dah untung di situ.

Kalau beli lagi banyak lagi banyak dapat diskaun. Macam Kak Feni yang modalnya kecil ni memang sekadar cukup-cukup buat pusing modal dulu la. Sambil-sambil berjalan sambil cuci mata dan perabih duit. Hehe

Kak Feni pergi sini hari Ahad, jadi banyak kedai yang tutup. Hanya pergi tengok kedai yang buka jelah. Kalau nak beli borong memang best di sini. Ada modal banyak boleh je borong stok dan jual banyak-banyak.

Plaza GM ni Kak Feni dah lama kenal zaman tahun 2008 lagi. Masa tu belum ada pun KWC (Kenanga Whole Sale). Kami dulu beli di sini dan pos ke Gerik sebab Kak Ani berniaga di Gerik. Kami yang duduk KL ni la yang jadi tukang runner ke Plaza GM. Masa tu tak crowded macam sekarang. Masa tu memang seronok sangat berniaga bila kuasa membeli memang banyak. Harga getah naik banyak. Ekonomi pun stabil sangat masa tu. Memang rasa kaya gila. Kami flashback ambik barang guna motor ego je. Letak kat tengah-tengah.

Lepas ambik barang dagangan, hantar pulak ke stesen bas di Hentian Duta. Semuanya kami lakukan dengan motor Ego kesayangan tu lah. (sebab tu tak jual-jual motor ego tu, banyak kenangan). Lepas hantar naik bas, berkejaran masuk opis pulak. Maklumlah kerja dengan orang kan.

Alhamdulillah semua pengalaman susah dah rasa. Seronoknya bila tengok hasil.

Sekarang ni Plaza GM dah tak sama macam dulu. Banyak warga asing di sini. Kak Feni bawa anak-anak jadi memang Kak Feni akan sediakan tisu basah untuk cuci tangan diorang. Maaf bukan nak bersikap racist atau apa ya. Sekurang-kurangnya kita berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Kak Feni rasa memang tak sesuai bawa budak-budak ke sini. Kalau nak shopping pun lebih baik kita yang dewasa je pergi. Hari tu sebab nak hantar Kak Ani ke Jalan Duta. Jadi bawa anak bersama-sama.

Kalau untuk kes beli barang ke apa ke, Kak Feni lebih selesa pergi dengan hubby je sebab lebih selamat. Bukan apa kan, kita kena juga jaga keselamatan anak-anak kan.


Nahhh belanja hasil candatan di Plaza GM, Kuala Lumpur. Cantik macam orang have-have je kan. Hahahahahaha. (Kalau minat boleh contact terus Kak Feni)

Kalau macam baju ke, beg ke Kak Feni rasa boleh guna yang local ni. Kalau suplemen ke skin care ke, lebih baik lah beli yang original sebab takut nanti memudaratkan diri sendiri. Jangan membahayakan diri sendiri okay !

Lepas ni Kak Feni nak pergi borong towel pulak sebab towel kat situ banyak. Murah-murah pulak tu. Towel dekat rumah dah banyak macam tunggu masa nak jadi kain lap kaki.

Jadi korang yang ada modal lebih sikit nak cuba buat bisnes boleh cuba pergi Plaza GM. Yang berniaga pasar malam, downtown, carbooth sales dan sebagainya boleh lah pergi ke situ untuk ushar barang-barang niaga.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang halal untuk menampung kehidupan yang makin lama makin mencabar ni.


2 comments:

  1. tak pernah pergi Plaza GM tapi Kenanga pernah sekali. selalu tadak geng nak teman pergi jalan2 sini.. tapi itula kan kena beli banyak baru murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Siti nak murah minimum 3 barang je. Ajak kawan 3 orang pegi. Share2 memang best sangat.

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.