KENAPA AKU TAKNAK BERANAK LAGI ?

Wednesday, August 15, 2018


Hari ni terpanggil untuk meluahkan perasaan sikit. Dua tiga hari ni penuh di wall facebook tentang sebuah taska di Melaka yang mendera kanak-kanak. Memang aku tak sanggup nak tengok dan scroll laju-laju. Bila ada kawan tunjukkan video tersebut hati ni memang membuak dan sungguh sakit hati. 

Seorang ibu menghantar anak ke pusat asuhan atau taska untuk dididik menjadi insan yang berguna namun trauma yang mereka dapat. Balik cerita dekat ibu bapa tapi ibu bapa tiada pilihan dan bersangka baik. Mungkin cikgu-cikgu nak mengajar. 

Bagi aku kalau memukul untuk mengajar tiada masalah tapi memukul sampai tercampak anak-anak dari kerusi itu. Itu sudah terlalu melampau. Sakit hati sangat wahai manusia yang berhati binatang wei.

Bila orang tanya kenapa Kak Feni taknak beranak lagi ? Ni lah salah satu sebabnya. Ada ke orang nak jaga anak aku sebaik mungkin ? Nak harapkan ibu mentuaku yang semakin hari semakin bertambah usianya memang tak lah. Cukuplah dua orang setakat ni. Itu pun dah bersyukur sangat-sangat dah. Bagi je kasih sayang secukupnya.

Lelaki ke perempuan ke, aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Kalau beranak lagi pun lepas ni harapnya dipermudahkan segala urusan. Aku berhenti kerja jaga anak sendiri ataupun dapat pengasuh yang baik-baik tapi sejujurnya aku tak sanggup. Mungkin sebab tu aku tak beranak lagi. 

Allah menguji mengikut kemampuan hambanya
Bukan niat nak melawan takdir atau sebagainya namun lebih baik kita merancang dengan kemampuan kita. Aku juga pernah ada kes anak pertama lekat uri dan akan berisiko untuk anak-anak yang lahir kemudian. Namun alhamdulillah proses kelahiran anak kedua berjalan dengan sempurna tiada sebarang komplikasi. Pengalaman itu akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Doktor pun menyarankan agar menjarakkan kelahiran. Jadi buat masa ni cukup dua dulu.

SOALAN: Saya mempunyai sepuluh anak, jadi doktor telah mengarahkan saya berhenti mengandung kerana risaukan kesihatan serta faktor umur yang mencecah 47 tahun. Bolehkah saya dan suami merancang keluarga menggunakan kaedah tertentu.

Jawapan: Hukum merancang keluarga terbahagi kepada tiga. Pertama, harus merancang keluarga jika ia dilakukan bagi memelihara kesihatan setelah mendapat nasihat daripada doktor pakar sakit puan. Perbuatan merancang keluarga ini telah lama diamalkan sahabat Nabi SAW menerusi kaedah 'azal.

Namun, merancang keluarga mestilah mendapat keizinan daripada pasangan masing-masing. Jika tidak, hukumnya boleh berubah daripada harus kepada haram kerana ia termasuk dikira menzalimi pasangan atau tidak taat kepada arahan suami.

Kedua, makruh berbuat demikian sekiranya ia hanya sekadar suka-suka di samping risau terhadap rezeki pasangan dan anak pada masa hadapan. Ketiga, haram merancang keluarga jika ia dilakukan hanya kerana takut miskin.

Niat sedemikian termasuk dalam larangan Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Isra', ayat 31, yang menegaskan bahawa Dia yang memberikan rezeki kepada setiap hamba-Nya dan perbuatan membunuh adalah jenayah besar.

Perbuatan itu juga boleh menjadi haram jika isteri tidak mendapat izin daripada suami dan begitulah sebaliknya. Oleh demikian, pasangan mestilah berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

* Penulis ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Petikan dari : Berita Harian

Alhamdulillah aku tetap bersyukur dan berterima kasih dengan ibu dan bapa mentuaku yang sanggup bersusah payah menjaga cucunya itu. Walaupun lasak kasih sayang antara mereka tidak pernah berbelah bahagi. 

Hahaha kalau dapat cucu lagi pun mereka takkan kasi can lah bagi dekat orang lain untuk dijaga. 

4 comments:

  1. risau bila anak ramai sampai tak terjaga dan terabai je. Anak-anak pun ada hati & perasaan, nampak je macam blur masa kanak2 padahal effect sampai ke besar bila pendam rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Trauma sampai ke dewasa. Kadang-kadang kanak-kanak ni boleh menjadi lebih ganas sebab emosi dia tercalar disebabkan perkara ni.

      Delete
  2. Kesian anak-anak kita sekarang ini.mak ayah memang tak punya pilihan tapi janganlah dianiaya anak-anak ini. Tak sanggup lebih baik berterus-terang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan. Kita ni kalau tak kerja tak dapatlah nak merasa lebih sikit.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.