KEHAMILAN - NUTRISI TERBAIK UNTUK IBU DAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Thursday, September 27, 2018
Disahkan hamil, memang teruja dan seronok. Namun bagaimana kita nak kekalkan nutrisi yang baik untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan ?

Bulan Pertama

Jantung mula terbentuk. Bayi mula untuk membentuk tiub neural.

Tips Nutrisi :

Amalkan asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural. Kalau di KKIA, doktor selalu bekalkan vitamin yang warna kuning tu. Boleh juga amalkan B-Complex Shaklee untuk suplemen harian.

Bulan Kedua

Ratusan sel otak sedang dibentuk setiap minit oleh bayi kita. Tualng rangkanya mula terbentuk.

Tips Nutrisi:

Amalkan protein untuk menyokong perkembangan bayi yang pesat. Lemak sihat menjadi asas kepada tisu baru. Kalsium pula untuk menyokong pertumbuhan tulang rangka.

Bulan Ketiga

Sebahagian besar organ dan sistem sudah terbentuk, termasuk mata.

Tips Nutrisi :

Vitamin B6 untuk melegakan mabuk ketika hamil. Asid lemak Omega 3 untuk perkembangan mata dan otak. Kalsium untuk melegakan sembelit.

Bulan Keempat

Ini adalah peringkat pertumbuhan yang pesat. Sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang.

Tips Nutrisi :

Protein untuk membekalkan kalori tambahan yang diperlukan oleh ibu. Zat besi kerana isipadu darah bertambah 2 kali ganda ketika ini.

Bulan Kelima

Tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang.

Tips Nutrisi :

Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang. Vitamin C untuk penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.

Bulan Keenam

Otak dan paru-paru bayi sedang berkembang dengan pesat. Berat badan bayi akan terus bertambah sehingga lahir.

Tips Nutrisi :

Omega 3 untuk menyokong perkembangan otak. Protein untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Bulan Ketujuh

Berat otak berkembang 400-500% sehingga lahir. Lemaknya semakin bertambah dan kulit menjadi kurang berkedut.

Tips Nutrisi :

Lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit.

Bulan Kelapan

Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Bayi memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk menguatkan dan mengeraskan tulang.

Tips Nutrisi :

Asid Lemak Omega 3 untuk membantu perkembangan otak. Kalsium dan protein untuk perkembangan tulang.

Bulan Kesembilan

Pengerasan tulang rangka berterusan, dan bayi akan melalui banyak perkembangan otak.

Tips Nutrisi :

Proetin untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan dan kesihatan imun. Omega 3 dan vitamin B untuk menyokong perkembangan otak.

Bulan kesepuluh

Bayi masih terus berkembang. Otak membina beribu-ribu sambungan saraf.

Tips Nutrisi :

Protein untuk pertumbuhan dan perkembangan. Omega 3 dan vitamin B untuk menyokong perkembangan otak.



MASALAH KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL


Biasa berlaku pada waktu malam dan lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat badan berlebihan yang perlu ditampung oleh ibu, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.



CABARAN BERAT BADAN BERLEBIHAN



CABARAN KEGUGURAN RAMBUT


CABARAN PERUBAHAN EMOSI


CABARAN JISIM TULANG BERKURANGAN


CABARAN MABUK HAMIL

MANFAAT KALSIUM UNTUK IBU HAMIL







BAGAIMANA OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN KALSIUM IBU HAMIL





Semestinya nutrisi ketika hamil perlu dicukupkan bagi menyokong perkembangan bayi dan juga kesihatan ibu. Bila ibu sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. Bayi yang bakal lahir juga akan mendapat manfaatnya.

Amalkan gaya hidup yang sihat serta ambil suplemen sebagai makanan tambahan untuk kesihatan ibu dan bayi. Dapatkan SET HAMIL SHAKLEE dengan menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.