Kisah Aku Nak Kurus !

Thursday, September 20, 2018
Jeles benor tengok orang lain yang berbadan kurus dan tinggi lampai. Nampak cantik dan menarik je di mata ni. Bagi Kak Feni yang dah berumur 32 tahun bagi tahun 2018 ni. Berat badan memang sangat merisaukan. Berat badan yang ideal untuk Kak Feni ialah antara 55-60 kg. Berat badan sekarang ni sudah mencapai 65kg. Sama berat ketika bersalinkan Adik Rayyan. 

Bukan tak cuba untuk kurus. Selalu sangat fikir aku nak kurus ! Aku nak kurus ! Siap tulis memo tampal di meja lagi untuk memotivasikan diri. Nak menaikkan semangat sendiri. Kalau sendiri tak semangat, macam mana nak berjaya kan.


Ini adalah salah satu bukti yang menunjukkan aku telah menampal kata-kata semangat untuk diriku. Jenuh aku godek fb nak cari gambar ni. Hahaha. Bila bos dapat tahu habis nye gelak sampai sepet biji mata. Dia kata muka aku ni boleh ke nak kurus ?? Whattt boss ! Sebab tu la badan aku makin lama makin naik dan seterusnya naik.

Bila geng boss pergi bercuti. Depa bawak balik coklat dan sebagainya. Aku pun dengan bahagianya membelasah segala apa yang ada.

Sekarang ni bila badan rasa semakin naik dan semakin gemuk sehingga dagu pun berlapis-lapis macam kuih lapis. Memang kena buat sesuatu. Tak boleh main-main dah. Kena buat sesuatu sebab aku kena kembalikan berat badan aku yang ideal.

Nak turun sekilogram pun bukan main susah. Bila badan dah gemuk la senang cakap kan. Mulalah perasaan malas itu datang. Malas nak bergerak, malas nak berfikir dan paling tak seronok malas nak beribadah. Bahaya ni. Sejak akhir-akhir ni Aku rasakan lutut ni pun semakin lama semakin sakit. Nak-nak pulak bila turun tangga. Baru umur 32 weh. Takkan dah kena sakit lutut. 

Nak tak nak aku kena berusaha untuk turunkan berat badan.

Perkara pertama yang aku harus buat ialah kurangkan manis dalam makanan atau minuman. Mula-mula ni memang rasa sakit sangat nak buang gula. Memang sampai pening kepala. Nak-nak pula dah hari-hari minum manis. Tiba-tiba nak terus berhenti memang terkejutlah badan ni. Jadi apa yang boleh buat. Kurangkan gula. Perlahan-lahan hari ke hari.

Apa yang aku perasan setelah kurangkan gula dalam makanan atau minuman ni. Perut yang buncit macam mengandung 5 bulan nampak makin kempis. Hahaha ini saja rahsianya. Ni tak, aku ni pantang orang offer terus aku grab.

Ni jumpa pulak tips cepat kurus di FB. Print lagi. Harapnya boleh kembali kurus dan sihat.




6 comments:

  1. chaiyok.. semoga berjaya dan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. naaak kurus jugaak tapi godaan tu ya rabbi !! tergoda kiri kanan. insyallah nak bermotivasi macam akak juga. semoga kuranglaaa beberapa cm hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha good luck siti. Kak Feni ni memang faktor usia, kena buat sesuatu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.