Hari Sukan Negara Sekolah Abang Aus

Saturday, October 13, 2018
Mencatat memori hari ini apabila Abang Aus menyambut hari sukan negara di sekolahnya. Kami bersiap awal pagi untuk ke sekolah Abang Aus.

Acara dimulakan pada pukul 8.30 pagi apabila semua murid hadir. Oleh kerana hari sukan ini dibuat pada hari minggu. Ramai juga murid yang tak hadir.

Ummi hadir sebab nak bagi sokongan untuk Abang Aus. Kalau hari kerja memang susah ummi nak join. Abahnya tak boleh nak join sebab kena kerja.


Untuk acara larian, Abang Aus dapat no 4. Jadi tak dapat hadiah. Muka sedih je sebab kalah. Untuk acara larian isi air dalam botol menggunakan span. Abang Aus dan kumpulan dapat no 3. Dapatlah hadiah tupperware kecik. Adik Rayyan cakap itu hadiah dia. Nasib baik Abang tak kisah.


Acara sukan berlangsung sampailah pukul 10.30 pagi. Kemudian makan jamuan. 

Lepas tu dapat report card untuk prestasi anak masing-masing. Alhamdulillah Abang Aus dah pandai membaca dan mengira. Cuma Bahasa Inggeris agak lemah sikit. Mengikut komen cikgu pun, Abang Aus berkembang macam kanak-kanak lain.

Pukul 11.30 selesai majlis dan kami pun balik. Tokyah yang jemput kami sebab Adik Rayyan cakap tak larat nak jalan.

Selesai sudah majlis hari sukan negara sekolah Abang Aus.



No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.