Jalan-jalan Genting Highland 14/10/2018

Tuesday, October 16, 2018
Hari Ahad yang lepas, kami berkesempatan untuk berjalan-jalan ke Genting Highland. Kami naik ikut Batang Kali sana sebab mula-mula ingat nak pergi tempat lain tapi sampai tengah jalan kami tukar plan. Biasalah bila kita plan selalu tak jadi kan. Jadi makanya kami pun redah sajalah.

Dari bawah sebelum fokus ke jalan Genting Highland, perjalanannya 30km. Seronok ikut jalan lama. Kami keluar ikut highway Sungai Buaya.

Sampai di Genting sudah pukul 4.00 petang. Hujan turun dengan lebatnya. Kami naik sampai atas. Tak tahu pun yang GPO (Genting Highland Premium Outlet) tu, kita boleh naik cable car ke atas. Lain kali kalau ada rezeki, bawak kereta sampai GPO je. Lepas tu naik cable car ke atas.

Ummi taknak naik cable car ni tapi bila anak-anak mengamuk nak naik, makanya ummi terpaksa bertabah naik juga.


Harga tiket untuk naik cable car ialah RM7.00 sehala. Dewasa atau kanak-kanak sama je harga. Untuk kanak-kanak yang tinggi bawah 90cm percuma. Adik Rayyan dah tinggi, jadi kena ambil tiket.

Cable Car ni taklah segayat cable car di Langkawi nun. Alhamdulillah mula-mula memang takut jugak. Maklumlah ummi ni kan gayat dan penakut orangnya. Mula-mula naik memang takut bila dah stabil alhamdulillah okey.

Kami kena turun di stesyen terakhir untuk scan tiket balik. Sebab ada orang dia ambil tiket sehala je. Kita ni tak tahu semua pakat duduk diam dalam tu. Bila pekerja di situ panggil baru lah kami turun.

Bila dah kembali ke atas, jam dah menunjukkan pukul 6.00 petang. Masa untuk pulang. Kami turun dari Genting Highland dalam pukul 6.30 petang. Balik ni, kami turun ikut lebuh raya Karak. Sampai di Batu Caves dalam pukul 7.30 malam.

Sejam je perjalanan dari Kuala Lumpur. Ada rezeki boleh pergi lagi tapi taktahu bila lah boleh pergi. Pergi semata-mata dapat naik cable car je. Yang lain tu kami tak sempat nak explore sebab lambat sampai. Cuaca pulak hujan. Bila dah kena hujan, kepala mula sakit dan pening.

Next time kita pergi tempat lain pulak.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.