JOB BARU MASUK LAGI

Wednesday, October 31, 2018
Alhamdulillah baru boleh jenguk blog ni. Kak Feni baru dapat job baru untuk tambah lagi pendapatan dengan menjadi admin untuk page CUTI-CUTI MURAH KAK HONEY. Lepas ni fokus untuk page ini dan mungkin juga akan diupdate di sini. Kak Feni juga ditugaskan untuk buat satu lagi website untuk link terus dengan page ni. Banyak benda yang nak kena buat dan ambil masa.



Tarik nafas dan hembus. Syukur dengan rezeki yang melimpah ruah. Takde job sunyilah, tak tahu nak buat apa. Kak Feni pun akan mula sibuk dengan urusan job baru ni. 

Lenguh jari jemari ni dok save gambar untuk projek baru ni. Hopefully penaja boleh sponsor sebuah laptop untuk Kak Feni sebabnya memang kena guna laptop. Laptop Kak Feni yang sedang guna sekarang ni dah uzur bebenor. Kadang-kadang hang dan jeng terus. Nak buat kerja pun susah. Kena bertabahlah.

InshaAllah 2 minggu lagi Kak Feni akan join lagi team travel di Pulau Pangkor. Nanti ada masa Kak Feni update dalam entry. 




No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.