SAH MENJADI AGENT TRAVEL UNTUK AYDEN AVERREOS TRAVEL

Monday, October 29, 2018
Alhamdulillah 2 hari 1 malam Kak Feni pergi training untuk menjadi agen travel bagi company AYDEN AVERREOS TRAVEL. So, lepas ni bolehlah Kak Feni travel ke seluruh dunia sambil-sambil share dengan sahabat yang lain. Ewahhh berangan tak sudah.

Minda 100% berubah bila Kak Feni join #teamayden ni. Berkobar-kobar nak pergi travel. Bayangkan kita yang sebelum ni, boleh travel dalam negara pun dah cukup happy. Ni kalau boleh pergi ke luar negara memang terlebih-lebih seronoknya. Pakej yang ditawarkan pun memang mampu sangat. 







Banyak sangat info dan ilmu yang Kak Feni dapat masa join training ni. Keluar dari cycle yang sama. Tepu dah otak ni sampai tak boleh nak move on dengan benda yang sama. 

Semua yang pergi sini memang best dan sempoi semua. Macam dah kenal lama. Seronok sangat bila dengar sharing dari mereka yang selalu travel ni. 

Hari pertama kena pakai baju tema warna merah dan tudung hitam. Sanggup Kak Feni pergi KWC sebab nak beli baju kaler merah. Hahaha semangat weh. Balik rumah ketat, esoknya repeat balik ke Jalan Tar. Muehehe gigih kan ? Yang jadi mangsa en. husband ku tersayanglah sebab kena layan karenah isteri tercinta. Kehkehkeh.

Setel bab baju merah dan tudung hitam. Masa pergi tayangan perdana cerita Langsuir hari tu pun tak segigih ini nak ikut tema. Mujur juga Kak Feni gigih mencari baju. Sebab majoriti yang pergi training ni pakai baju ikut tema. Kalau dop gak, ganjil di situ. Hehehe

Sesi training hari pertama bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 malam. Kak Feni tak ambik bilik sebab rumah Kak Feni dekat. Dari Hulu Langat ke One Stop Residence tak jauh pun. Sabtu, tak banyak kereta jadi perjalanan tak ambil masa yang lama.

Bersama Founder Ayden Averreos Travel. Masih muda lagi. Lebih muda dari Kak Feni. 

Selesai hari pertama.

Hari kedua, Ahad. Warna tema baju hitam (yang dapat semasa daftar) dan tudung merah. 
















Dapat sesuatu bila join training ni ? Sudah tentu. Dari kosong ke adalah sikit-sikit nak improve pasal marketing ni. Seronok bila kita bercampur dengan orang-orang yang positif dan sama-sama ingin memajukan diri. Info dalam training ni hanya untuk ahli sahaja la ye.

Hari kedua ni banyak rilex dan santai je. Lebih kepada sharing dari leader-leader yang berjaya buat sales RM1 juta setahun. Eh silap tak sampai setahun lagi sebab baru bulan 10 kan. Teruja weh bila ada agent yang masih muda dari kita dah berjaya buat sales juta-juta. 

Program habis pukul 1.00 tengahari dan kami pun say hai hai dan bye-bye. 




Lepas ni banyak kerja Kak Feni nak update PAGE, update pasal travel, pakej-pakej yang syarikat tawarkan dan paling best boleh cerita pengalaman travel dalam entry. Sebenarnya Kak Feni di seponsor oleh Kak Ani untuk training ni. Alhamdulillah murah rezeki Kak Ani dan Kak Feni.

Okey dah plan awal tahun depan, inshaAllah Kak Feni akan join ke Hatyai (4D3N). Hopefully tiada halangan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

Lepas ni nak pergi travel bolehlah hubungi Kak Feni yaaaa. Lagi ramai lagi banyak untung...


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.