FIREDRILL BRIEFING 16/11/2018

Friday, November 16, 2018
Firedrill tahun ni dijangka 26 hingga 30 November. Kena bersiap sedia untuk turun tangga dari tingkat 13. Hopefully semuanya ok. Kak Feni dah 3 tahun jadi chief leader untuk opis ni. Hahaha dalam opis ni ada 4 orang je staffnye. Yang lainnya boss la.

Bukan susah pun. Bila loceng berbunyi Kak Feni akan bertindak sebgai leader. Suruh anak-anak buah turun ke tempat berkumpul di bawah dengan selamatnya. Pastikan semuanya selamat. InshaAllah bila waktu kejadian, kami tak kelam kabut.

Briefing bermula pukul 10.00 pagi. Kak Feni cari juga kawan satu floor nak pergi sama-sama. Mujur ada Dee. Siap give me five lagi sebab ada member nak attend. Hehehe


Setelah sejam berlalu. Penerangan tentang firedrill pun berakhir. Tak ambil masa lama sebab nak kita faham je tugas yang kita kena buat bila firedrill berlaku.

Pukul 11.00 pagi kami bersurai dan dapatlah sedikit buah tangan. Alhamdulillah. Rezeki kannn.







No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.