ROTAVIRUS

Wednesday, November 14, 2018
Semalam Kak Feni ada terbaca post kawan Kak Feni di fb pasal anaknya terkena rotavirus dan ditahan wad untuk dipantau doktor. Teringat masa Abang Aus berumur 6 bulan. Masa tu Kak Feni baru masuk kerja di tempat baru. Anak pula kena jangkitan rotavirus.

Mula-mula tak tahu pun Abang Aus kena jangkitan ni. Kes nye dia selalu muntah-muntah dan cirit-birit. Kami bawa ke klinik biasa dan biasanya doktor bagi ubat angin yang warna putih tu. Bagi-bagi dia muntah dan cirit birit tanpa henti. Memang sedih sangat tengok keadaan Abang Aus macam tu.

Kami akhirnya bawa Abang ke hospital KPJ Kajang dan terus ditahan wad. Doktor terus pantau segalanya. Muntah dan najis semua diambil kira. Ambil darah dan sah keputusannya kena jangkitan rotavirus.


Setelah 3 hari 2 malam duduk di wad. Doktor bagi balik sebab keadaan Abang Aus dah baik. Doktor suruh tukar susu dari susu lembu ke susu soya. Masa tu harga untuk susu soya Isomil satu tin dah mencecah RM75.00. Lama juga Abang Aus minum susu soya sebab kalau minum susu lembu, abang akan jadi alahan.

Sekarang ni macam-macam jangkitan virus. Kalau kena memang ambik masa nak baik. Alhamdulillah Abang Aus pun dah besar. Pengalaman jaga anak yang kena rotavirus ni memang kena banyak sabar. Kejap-kejap doktor ambil darah sebab nak tengok kuman dalam darah.

Kita sebagai ibu ni memang kena kuat semangat. Kalau tak kita yang menangis lebih dari anak.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.