WELCOME NOVEMBER !

Thursday, November 01, 2018
Bismillahirahmanirahim.

Memulakan bulan November dengan sedikit duka sebabnya semalam mek Kak Feni masuk wad sebab ada masalah mata. Sedihnya la haiii. Nak balik terus kita masih kerja dengan orang. Kena tunggu hari Sabtu. Suami pun nak ikut balik juga sebab nak tengok mak mertua.

Kak Feni dah plan dengan adik beradik nak gilir-gilir balik. Sekarang ni Kak Ani je yang balik jaga mek. Malam esok kami akan gerak balik. Tak sabar nak balik kampung.

Bila call mek, dia asyik kata tak payah balik la kalau menyusahkan. Seorang ibu kan, takkan pernah nak menyusahkan anak-anak walaupun diri sendiri dah tak berkudrat. Bukan masalah menyusahkan. Kami tetap akan balik. Mek kami ada satu je. Selagi ada hayat kami akan jaga mek. Huhuhu

Masa kecik dia jaga kita. Masa dia dah berumur ni lah masa untuk kita buat jasa pada dia pulak. Harapnya semua dipermudahkan segalanya.

InshaAllah malam esok kami gerak balik. Doa yang baik-baik.




2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.