Abang Aus Dah Nak Mula Sekolah

Friday, December 28, 2018
Hari ni Kak Feni pergi sekolah agama Abang Aus sebab nak bayar yuran sekolah agama. Namun tak boleh nak bayar sebab yuran akan mula di kutip pada 5 haribulan Januari nanti. Jadinya hari Sabtu minggu depan, Kak Feni kena pergi sekolah balik untuk bayar yuran.

Pagi tadi Kak Feni hanya beli buku dan bayar segala keperluan sekolah Abang je. Dapat buku dan lencana. Barang lain tu, kena tunggu guru kelas bagitahu kemudian. Sekarang ni, ustazah tengah buat kerja-kerja setup nak tubuhkan group wasap untuk ibu bapa.

Nasib baik juga, abahnya terus pergi sekolah tadi. Rupanya hari ni hari last untuk pembelian buku. Kak Feni tengok di facebook tentang ibu bapa yang buat bayaran yuran. Bagus juga ada fb ni sebab secara tak langsung mengingatkan kita tentang sekolah anak-anak.

Sejak Abang dengan Adik nak sekolah ni, memang banyak belanja yang kena keluar. Beli baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis memang perlukan duit yang banyak. Ni baru 2 orang anak. Kalau yang anak ramai tu lagi lah. Tapi inshaAllah, Allah tu menguji hambanya ikut kemampuan. Mesti ada jalan.

Kak Feni pun rasa sesak juga, tapi rezeki tu datang dalam macam-macam cara. Angah belanja beli beg untuk sekolah petang. Cikgu tadika Abang hadiahkan beg sekolah untuk sekolah agama (sesi pagi). Ummi dah tak pening untuk fikir duit belanja beli beg. Adik punya beg pun Kak Feni beli yang biasa-biasa je. 

Bila ingat-ingat balik masa Abang nak masuk sekolah tabika, 5 tahun pada tahun 2017 tu. Kak Feni beli beg offer je RM10. Beli 2 untuk Abang 1 Adik 1. Dapatlah 2 sebab nak jimat. Pakai 2 3 bulan dah mula rosak beg tu. Patutlah harga murah. Anak-anak masa tu tak kisah pun janji ada beg boleh sekolah. Kasut pulak Kak Feni beli kasut plastik yang harganya RM9.90 je. Tahun ni cari takde dah. Pakai kasut tu sampailah hujung tahun. 2018 untuk 6 tahun tabika, kasut dah mula ketat jadi kena beli kasut baru yang lebih selesa.

Untuk 2019 ni, kelengkapan Abang Aus dah selesai. Alhamdulillah tunggu nak belajar je la. Minggu depan dah mula sekolah tahun baru. Kak Feni yang excited lebih sebab anak pertama nak masuk darjah satu.

Bila dah jadi ibu ni, keperluan untuk anak adalah lebih penting berbanding diri sendiri. Sanggup berlapar dan bersusah untuk anak-anak. Harapnya Abang dan Adik menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama nanti.

Doa ummi sentiasa ada untuk anak-anak.






No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.