Kami Balik Kampung
Dalam hidup ini, ada benda yang kita boleh rancang dan ada yang kita tak boleh nak rancang. Macam nak balik kampung Jumaat lepas. Kami gesa-gesa balik kampung sebab ada kematian di kampung. Adik bapa mertua Kak Feni dijemput Ilahi.
Cadangnya memang bapa mertua, mak mertua, Kak la dengan suami nak balik kampung pada Sabtu sebab ada kenduri. Bila dapat tahu yang bapa saudara meninggal terus kami EL dan balik kampung. Hari Jumaat tu, jalan banyak kereta jadi perjalanan ambil masa yang lama berbanding biasa.
Kami sampai di kampung pukul 6.00 petang, terus ziarah rumah arwah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Orang yang baik, Allah sayang. Isterinya tabah dan redha walaupun arwah tak sempat nak tengok anak kahwin. Berbalik pada Allah. Allah dah atur cantik dah.
Sabtu, kami hanya bersantai di rumah opah je.
Ahad, hari kenduri. Kami beramai-ramai ke dewan. Alhamdulillah berjalan dengan meriah sekali.
Lepas kenduri, kami terus bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Gerik ke KL kali ni mengambil masa lebih kurang 7 jam sebab jalan raya banyak kereta. Cuaca pula hujan. Pukul 10 malam kami selamat sampai di rumah.
Hari ni kami masuk kerja masing-masing.
bw sambil follow sambil komen kt sini...salam kenal tuan rumah
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah. Nanti Kak Feni bw blog awak.
Delete