Abang Aus Dah Pergi Sekolah

Wednesday, January 30, 2019
Jam menunjukkan pukul 6.30 petang sekarang ni. Hari ni dah nak masuk 2 minggu selsema. Pagi tadi bangun pagi siap-siap dan minum susu sebab nak makan ubat selsema. Stress bila hingus dok meleleh ni.

Pagi ni, anak-anak buat perangai lagi taknak ke sekolah. Allahuakbar sakitnya kepala ni. Mandi dan siapkan anak-anak ke sekolah. Pujuk baik-baik dan siap-siap ke sekolah. Hari ni hantar adik dulu sebab ummi nak jumpa ustazah. Adik pun buat perangai menangis taknak sekolah. 

Sampai di sekolah ummi hantar dia masuk kelas bagi duit yuran untuk bulan Febuari. Lepas hantar dia duduk di kerusi terus ummi lari. Cikgu kata tak boleh tunggu. Kalau dia nampak ibu bapa di situ mulalah buat perangai. Jadi ummi cepat-cepat lari.

Seterusnya kami ke sekolah abang. Abang tanya nak pergi mana. Ummi cakap nak pergi sekolah abang. Nak jumpa ustazah abang nak tahu kenapa taknak sekolah. Masa sampai di sekolah tu, murid-murid dah masuk dewan untuk solat dhuha. Dengar murid-murid tengah baca niat.

Ummi dengan abah pergi ke kelas abang. Tengok ustazah takde tapi ustazah dah nampak dari atas bilik guru. Bila nampak kami dia turun dan ambik abang aus. Mula-mula ummi bagi je ustazah pegang abang aus. Bila dengar dia meraung dan buat cerita macam-macam, ummi patah balik tanya kenapa. Bila dah bising-bising macam ni. Ustazah lain pun turun pegang abang aus. Tanya jugak ustazah kenapa dia taknak sekolah. Ustazah kata dia cerita adik dia tumbuklah apa lah. "pandai sungguh abang aus buat cerita, dia ingat ummi tak tahu drama dia".

Kami tinggal jer dia di sekolah. Bukan senang nak sekolah. Orang lain ramai lagi susah dari kita pergi jer sekolah. Kenapa dia taknak sekolah pun tak tahu. Ustazah pun cakap sampai tu jangan tunggy, tinggal jer. Bila ada mak bapak ni lagi dia buat hal.

Malam pun ummi dah hadkan dia untuk main. Tidur awal sebab nak sekolah. Dah pesan awal-awal esok kena sekolah. Sekolah Kebangsaan alhamdulillah tadi abahnya telefon kata nak pergi sekolah. Terima kasih ya Allah sebab permudahkan segala urusan. Ummi selalu fikir positif tapi bila anak-anak buat perangai. Alahai tertekan rasanya.

Ummi dengan abah nak kerja. Kalau tak kerja macam mana nak selesaikan segala bil-bil dan aliran kehidupan ni ? Allahuakbar ummi tak tahu nak cakap apa dah bila anak buat perangai macam ni. Ummi dah try to be a good mother. Bila abang buat hal macam ni sedih pun ada.

Tiada yang sempurna sebab tu ummi tak berani nak kata yang ummi ni baik. Masih belajar dan sentiasa sedar kekurangan diri. Sekarang ni ummi hanya kena kuatkan diri dan sentiasa banyak berdoa semoga abang nak pergi sekolah macam mula-mula nak masuk sekolah dulu. 


1 comment:

  1. https://www.safenifeni.com/2019/01/abang-aus-dah-pergi-sekolah.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.