BILA SUAMI MENGADU MASALAH RAMBUT BERUBAN

Tuesday, January 29, 2019
Masalah rambut beruban ni bukan masalah biasa-biasa. Kadang-kadang boleh menghilangkan keyakinan diri. Nak-nak pula kalau lelaki macam suami Kak Feni. Kak Feni perasan dah semakin banyak pula uban di kepalanya. Padahal umur lambat lagi nak capai 40-an.



 5 FAKTOR YANG MENYEBABKAN RAMBUT BERUBAN

#1 Gaya Hidup


Gaya hidup yang kurang sihat seperti suka merokok dan suka makan makanan ringan dapat mempercepatkan proses rambut beruban. Menurut kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban berbanding dengan manusia yang tidak merokok. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin dengan lebih cepat. Pengambilan makanan ringan yang tidak berkhasiat juga boleh menganggu proses penghasilan melanin.

#2 Diet Tidak Seimbang


Pengambilan diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan tubuh badan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Hal ini bukan sahaja akan menyebabkan rambut cepat beruban malahan, tubuh badan juga mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Kekurangan nutrisi terutamanya Vitamin B12 akan mengakibatkan kekurangan pembentukan melanin.

#3 Cara Penjagaan Rambut yang Salah


Penggunaan alat pengering rambut dan pewarna rambut dengan kerap juga akan menyebabkan masalah pada melanin rambut sekaligus mempercepatkan proses rambut beruban. Hal ini bukan sahaja mengakibatkan rambut beruban malahan, akan membuatkan rambut menjadi cepat rosak. Terlalu kerap mencuci rambut juga tidak bagus kerana akan menyebabkan rambut cepat kering. Gunalah syampu yang sesuai agar rambut sentiasa sihat dan cantik.

#4 Tekanan Hidup


Menurut Ralf Paus, ahli Dermatologi di Jerman, hormon stress akan menghasilkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel. Radikal bebas yang terhasil akan menyebabkan berlakunya pengurangan melanin. Oleh itu, tidak mustahil tekanan hidup atau stress akan mengakibatkan rambut lebih cepat beruban.

#5 Faktor Genetik


Jika ibu bapa anda atau ahli keluarga yang lain pernah mengalami rambut beruban sebelum waktunya, tidak mustahil anda juga akan turut mengalaminya. Menurut Dr. Micheal Eidelman, ahli Dermatologi di Mount Sinai, genetik bukan sahaja memainkan peranan sebagai kayu ukur waktu pertumbuhan uban,malahan ia berperanan menetukan warna uban dan tahap intensiti uban tersebut.


Dari segi pemakanan, memang perlu jaga pemakanan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah rambut gugur ni. Kadang-kadang gaya hidup juga sangat mempengaruhi. Penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan kesihatan disamping itu boleh menjadikan kita sentiasa awet muda.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENGATASI MASALAH RAMBUT BERUBAN 


Suplemen yang membantu dalam mengatasi masalah rambut beruban ialah B-Complex.


Antara KEBAIKAN B-COMPLEX SHAKLEE ialah melambatkan proses uban di rambut. Ia juga membantu dalam melebatkan rambut dan membaiki tekstur rambut. B-complex juga sangat membantu dalam menyerap iron dan mengelakkan keguguran rambut.

Stress juga menjadi punca rambut beruban, jadi bolehlah amalkan B-Complex sebagai suplemen harian yang terkenal dengan kebaikannya sebagai vitamin anti-tekanan.

B-complex juga sesuai diamalkan oleh semua golongan. Boleh rujuk gambar di bawah;-

Lepas ni Kak Feni pun kena paksa suami makan B-Complex dengan konsisten supaya masalah rambut dia yang beruban itu dapat dikurangkan ataupun hilang terus. Makan suplemen ni  memang kena sabar sebab kesan dia bukan sehari dua.

Untuk mendapatkan B-Complex sebagai suplemen harian bolehlah hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


3 comments:

  1. faktor utama rasanya memang pemakanan kan.. sama macam kalo rambut gugur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga. Sekarang ni banyak makanan yang nak mudah dan senang. Lepas tu penyakit pun senang nak singgah.

      Delete
  2. Betul la tu. Saya rasa mungkin sebab faktor genetik ni. Tapi pemakanan pun saya tak jaga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.