DUGAAN TAHUN BARU

Wednesday, January 09, 2019
Hidup ni mudah je sebenarnya. Kau buat baik maka hasilnya baik-baik saja. Kalau kau buat jahat maka jahatlah hasilnya. 

Tenang-tenang saja. Biarlah orang nak buat apa pun asalkan jangan kita yang buat. Bila kita plan untuk maju dan ada orang pun dengan seribu satu alasan untuk menghalang. Biarlah. Kita doakan saja semoga dia dapat hidayah. 

Nak bergaduh bertumbuk dan bermasam muka tak payah lah. Paling kuat pun kita jauhkan diri je. Takpe takpe Allah ada. Pesan tu je dekat diri sendiri. Sekarang Allah uji aku dengan begini begitu. Mungkin ada hikmahnya. Berfikir dengan positif je.

Kadang-kadang kita nak juga keluar dari kepompong. Orang tak tahu apa masalah kita. Kadang-kadang dah tahap kemurungan. Orang takkan faham cuma kita je. Cari jalan untuk membuatkan kita sendiri happy dan bahagia.

Bak kata orang, layan orang gila kita pun sama naik gila. Jadi biarlah dia gila sorang-sorang. Dia buat tak betul dekat orang. Ingat Allah tak pernah tidur. What goes arround comes arround. Jadi jangan sedih-sedih.

Satu jer, ingat doa orang yang teranaiya ni dimakbul tuhan. Antara cepat dan lambat je. 

Peringatan untuk aku juga supaya jangan buat kat orang. Susah itu biasa untuk aku tapi aku tak biasa menyusahkan orang. InshaAllah selagi ada kudrat dan peluang untuk ubah hidup ni aku akan cuba yang terbaik.

Tanya diri sendiri, kenapa hidup kau tak senang. Sebab hati kau busuk. 
Sedih juga aku sebab ada juga manusia yang macam ni. Kita buat baik dia pula balas kita dengan tuba. Ermmm tak kata pun diri ni baik sangat tapi masih sedar diri. Allahuakbar semoga aku pun dapat hidayah juga lah.

Meluahkan segala yang terbuku bukan senang. Kadang-kadang pendam sendiri pun sakit juga. Biarlah aku luahkan di sini.

Kepada yang terasa, lantaklah. Aku pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Penat dah jaga hati orang. Hati sendiri pun tak terjaga. Sekali sekala kena juga selfish. Buat baik kena pijak kepala. Buli kita macam kita tak ada apa-apa. 

Ni tara kita masih ada kerja, ada kudrat dan kemampuan untuk usaha sendiri. Kalau lah kita ni susah merempat. Pandang pun tak ingat kot. Entahhh !

Kadang-kadang bila merenung balik apa yang berlaku. Dah banyak pengajaran yang berlaku tapi masih belum diberi kesedaran untuk berubah. Masih di takuk yang lama. Bila orang tegur, dia je yang betul.

Orang macam ni. Aku doakan dia bahagia lah selalu dan jangan menyusahkan aku. Bukan tak boleh menumpang tapi tolonglah jangan menyusahkan orang. 

Sekian tu jela yang aku nak luahkan. Semoga esok baik-baik saja. amin

2 comments:

  1. Sabar sis. memang lumrah kehidupan macam ni. bila buat baik, tapi orang layan kita disebaliknya. Sis bersabar. ya betul sis cakap. tak payah nak balas sebab karma sahaja yang dapat sedarkan orang macam tu

    Saya follow yang ke #45

    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/5-tips-kebiasaan-dalam-rutin-harian.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks yang. Sudi singgah dan baca coretan Kak Feni ni. Kak Feni pasti pergi blog awak.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.