Hari Yang Sungguh Sibuk - Blog Safeni Feni

January 10, 2019

Hari Yang Sungguh Sibuk

Baru semalam menaip cerita tentang dugaan. Pokoknya sabar dan tenang-tenang saja.

Hari ni bermula dengan perkara yang kelam kabut. Semalam balik lambat, jadinya Kak Feni memang dah tak larat nak gosok baju sekolah Abang Aus. Pagi tadi baru kalut nak kemas segala benda. Huhu kalau tak ada kerjasaama dari en husband. Mau Kak Feni menangis. 

Pagi tadi dalam kalut nak pakaikan baju, adik pulak menangis taknak pakai baju besar. Nak pakai baju putih yang dia pakai semalam. Ummi cakap TokYah basuh. Tak kering lagi. Dia tetap mengamuk suruh abahnya pergi ambil.

Abang Aus kata, adik pakai je baju tu dulu nanti sampai rumah opah tukar ler. Dia dengar cakap dan pakai baju putih besar tu. Dah siap-siap semua kami pun pergi ke rumah opah untuk cari baju adik. Baju baru siap basuh tak jemur lagi. Ummi terpaksalah gosok baju dia dengan iron. Gosok lama-lama supaya kering.

Sementara itu, abahnya hantar Abang Aus ke sekolah agama. Nasib baik sekolah dekat je. Balik dari hantar abang baru pakaikan baju putih yang semalam dekat Adik Rayyan. Pergi hantar ke sekolah. Alhamdulillah hari ni tak menangis.

Balik dari hantar Adik Rayyan ke sekolah terus kami bergegas membalut buku sekolah Abang. Dia dah pesan siap-siap kalau ummi tak balut buku sekolah abang. Abang taknak pergi sekolah. Alahai anak ooo. Balut lah kami buku teks dia. Semalam masa balik dia lupa nak bawa balik rumah. Dah baring nak tidur, baru dia teringat kena balut buku. 

Sampai opis terus settlekan kerja-kerja yang ON GOING. 

Bila dah setel segala kerja opis. Barulah santai-santai boleh tengok handphone. Alhamdulillah ramai yang nak order Shaklee dan Shopee. 

Yang bestnya bila order masuk ni. Kita hanya keyin je guna apps. Untuk Shopee. 3 kali buat order hari ni. 


Berniaga online ni memang kena sabar. Eh silap berniaga la online ke offline ni memang kena sabar. Kalau tak sabar memang tak boleh nak berniaga.

Untuk Shaklee pula boleh je login shaklee2u dengan handphone. Pakai google crome. Kak Feni kalau ada order guna hp je sebab senang. Nak screenshoot pun senang.


Rezeki tu datang dalam berbagai bentuk. Dapat sahabat yang baik. Bos yang baik pun rezeki juga. Hati yang tenang juga rezeki yang baik.

Satu lagi Kak Feni nak share tentang mudahnya menjemput rezeki. Dengan bersedekah. Ceritanya begini, pagi tadi Kak Feni online fb, kemudian ternampaklah satu post tentang seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Walaupun beliau tidak meminta-minta tapi kita sendiri sedar. Dalam rezeki kita ada hak orang lain.

Buka dia punya blog dan nampak ada no akaun di situ. Jadi kak Feni pun transferlah sedikit jer untuk beliau. Selesai. Tengahari tu sahabat Kak Feni call nak tumpang peti ais ofis. Nak letak ais cream. Bila sampai masanya, Kak Feni pun ada bahagian. Alhamdulillah.


Nampak tak ajaibnya bab sedekah ni. Kalau kita renung-renungkan tentang sedekah ni memang terlalu banyak rahsianya. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. 

Rasulullah S.A.W. akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifari, Bilal dan Abu Dhamdham. 
Kerana terlalu ingin tahu, Abu Dzar pernah bertanya "wahai Nabi Allah, engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"
Rasulullah S.A.W. menjawab dengan satu kalimat yang diulangnya tiga kali berturut-turut.
Sedekah itu sesuatu yang ajaib


2 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.