Personal Shoper Shopee

Friday, January 18, 2019
Asal boleh buat duit kita redah jer. Rezeki datang dalam perbagai cara. Dapat menulis blog dengan tenang pun satu rezeki. Kak Feni dapat order untuk shopee lagi hari ni.

Berbelanja di shopee ni kena sabar sebab barang yang dia hantar tu kadang-kadang dari luar negara. Jadi kena banyak bersabar. Kalau yang seller dekat-dekat tu inshaAllah cepat jer.

Yang bestnya beli dengan shopee atau lazada ni, dia ada jaminan dari Shopee dan lazada. Kalau macam seller hantar benda yang salah atau tidak sama dengan apa yang kita order. Kita akan dapat pulangan duit atau diganti dengan barang lain atau sebagainya (mengikut terma dan syarat). Jadi risiko kena tipu atau kena game dengan seller tak banyak la kannn.



Sejak Kak Feni guna handphone baru ni. Ewah. Bolehlah install apps shopee. Kihkihkih. Bila kawan minta nak order itu ini senang je la. Masukkan jer dalam troli. Make sure dalam akaun debit kita ada duit. Kalau takde debit boleh guna kad kredit juga untuk mereka yang ada.

Bagi Kak Feni yang tersangat hado-hado ni guna jela Kad Debit. Kadang-kadang collect jer duit cash dengan kawan-kawan yang nak order tu. Masukkan dalam akaun. Nasib baik Maybank dekat jer. Kihkihkih

Macam ni lah bukan senang nak senang. Kak Feni amik cas perkhidmatan jer. Sebab berkhidmat untuk rakan-rakan kan. Rakan-rakan adalah customer Kak Feni.

Kadang-kadang diaorang tak pandai nak order online. Malas nak fikir just screenshoot apa yang nak dan hantar kepada Kak Feni. Alhamdulillah setakat ni semua customer Kak Feni baik-baik belaka. Bila ada masalah pun senang nak runding.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.