Allah Bagi Nikmat Sakit Untuk Kita Bersyukur Dengan Nikmat Sihat

Wednesday, February 27, 2019
Kak Feni ni dah lama sangat dah tak sihat tapi gagah juga badan untuk bekerja. Kalau tak kerja macam mana nak hidup. Banyak hutang nak selesai. Anak-anak hari-hari nak belanja sekolah.

Walaupun suami kerja tapi hidup di bandar macam KL ni memang rasa tertekan juga. Kalau cerita dekat orang tak percaya. Kita pun susah. Kadang-kadang pinjam sana sini sebab tak cukup. Apapun tetap bersyukur sebab Allah selalu permudahkan segala urusan.

Nak kata susah sangat tu tak lah sangat. Nak makan tu ada je rezeki. Cuma sekarang ni kena usaha lebih untuk dapatkan duit lebih nak bayar segala hutang-hutang yang masih tertunggak ni. Harapnya tahun ni ada rezeki lebih. Kak Feni nak simpan duit banyak-banyak tapi tak tahu cara.

Banyak impian nak capai tapi macam dah hilang arah. Nak mula dari mana balik pun dah tak tahu. Macam dah hilang semangat untuk buat apa pun. Tak tahu pun nak buat apa.

Isnin lepas, Kak Feni minta dengan bos nak keluar awal nak pergi Klinik Kesihatan sebab nak ambik darah. Pelik juga kenapa demam tak baik-baik. Keluar pukul 3.40 petang dan terus ke Klinik Kesihatan. Nasib baik klinik pun tak lama. Ambik darah dan jumpa doktor. Cek darah dan cek semua kesihatan, alhamdulillah ok takde denggi. Ingatkan kena denggi sebab badan pun rasa sakit habis sendi ni.

Lepas ambik ubat di farmasi terus pergi HKL, tunggu abah siap kerja. Pukul 7 baru boleh balik. Balik tu mandi, solat dan terus baring. Semalam Kak Feni apply leave sebab kena pergi sekolah abang aus. Cikgu minta ibu bapa datang untuk ambil sumbangan. Alhamdulillah, Abang Aus yang sentiasa murah rezeki.

Abahnya tak boleh nak cuti sebab dah banyak kali cuti bulan ni. Bila ummi cuti, ummi lah yang menjemput dan menghantar anak-anak sekolah. Kalau ummi kerja, Tokyah yang ambik dan hantar ke sekolah kebangsaan.



Penat juga jadi supir untuk anak-anak ni. Takdan nak rehat ,eh !dah sampai waktu nak ambik abang di sekolah agama, lepastu ambik adik di tadika. Lepas tu hantar Abang ke sekolah kebangsaan. Habis sekolah kebangsaan, kena jemput lagi. Macam tu lah tugas Tokyahnya bila ummi dengan abah kerja. 

Masa ni Kak Feni masih tak sihat tapi kena kuatkan semangat untuk anak-anak. Seronok sangat bila ummi yang hantar dan ambik dia di sekolah.

Syukur sangat anak-anak sebab masih ada opah dengan tokyah yang boleh tengok dan jaga abang dan adik. Abang pulak lepas sekolah terus kayuh basikal pergi rumah NekYam nak mengaji. Ummi tanya abang tak penat ke ? Penat juga tapi seronok.

Lepas 2 minggu sekolah hari tu hari-hari abang buat perangai taknak pergi sekolah agama. Ummi susah hati betul. Buat kerja dekat opis pun tak tenteram. Doa je banyak-banyak semoga lembut hati. Ada juga Kak Feni buat solat hajat untuk lembutkan hati anak-anak.


Doa ni Kak Feni jumpa dalam fb. Kebetulan sebab hati susah anak taknak sekolah kan. Jadi cuba buat sebelum maghrib. Dalam pukul 6.30 petang sebab azan maghrib dalam pukul 7.30 malam. Jadi Kak Feni ikhtiar dengan cara ni. Doa ibu takde hijab, inshaAllah.

Alhamdulillah tengok 2 3 hari sejak minggu lepas, Abang dah ok dan nak pergi sekolah agama. Nak bangun pagi tu susah sikit biasalah. Jadi bila malam, Kak Feni pujuk dia suruh tidur awal sebab nak sekolah. Pagi-pagi pun kena layan dia punya akal. Kalau nak mandi dengan ummi, ummi mandikan. Kalau nak mandi dengan abah, abah kena mandikan. Layan je selagi boleh. Tapi abang ni lebih suka ummi mandikan sebab ummi yang akan gosokkan gigi dia. Siram dia dan lap serta pakaikan baju.

Adik pulak jenis semua nak buat sendiri. Kalau ummi nak tolong pun dia marah. Dia cakap adik nak gosok sendiri. Tau jela kalau dia gosok sendiri. kadang-kadang bersih yang depan je. Yang belakang hitam. Gigi dia yang belakang banyak dah rosak dan hitam. Nasib baik hensem (hahaha).

Anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk ummi. Kawan baik dan kawan gaduh. Bila ada dia bergaduh dengan ummi. Bila tak ada dia cari ummi. Ummi sayang anak-anak ummi sampai syurga. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Biarpun pahit segala dugaan yang perlu kita hadapi, ingatlah kepahitan ini pastinya ada kemanisan di kemudian hari. Semoga Kak Feni cepat sembuh untuk terus kuat dalam membesar dan mendidik anak-anak sehingga menjadi khalifah Allah yang berguna suatu hari nanti.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.