Cuti Seminggu sempena CNY 2019
Lagi 3 hari nak mula kerja. Bos bagi cuti seminggu sempena Chinese New Year. Tahun ni kami tak kemana. Kalau tahun lepas kami pergi lepak rumh achik di manjung. Tahun ni kami duduk rumah je.
Abah kerja jadi kami tunggu di rumah. Tunggu abah balik. Semalam Ayah Chik datang sebab nak bawa tokmek pergi makan. Kami pun join sekali. Alhamdulillah.
Hari ni anak-anak minta nak jalan ke Giant. Ummi pun bawak anak-anak dan Tokmek ke sana. Main sambil makan-makan. Kat situ senang sebab tempat main dengan foodcourt dekat jer.
Lepaa puas main, kami masuk giant. Beli barang sikit. Sabun basuh kain pun dah tinggal sikit jadi beli siap-siap. Lama dah tak shopping di giant ni. Kalau pergi pun shopping dekat guardian tu je.
Orang lain dah mula kerja. Kami belum lagi. Habis dah kerja rumah ni. Dok rumah bangun tidur bangun tidur. Makan lepas tu tengok tv. Abahnya kerja tapi mood kerja takde. Hahaha
Bila dah cuti lama ni. Terasa tepu pulak otak ni. Dengan internet di rumah pun kejap ok kejap tak memang boleh mendatangkan stress. Kalau internet ok boleh juga update blog ke apa. Sejak cuti ni, blog pun berhabuk. Nak buka pun asyik loading.
Terasa tak sabar pula nak masuk kerja. Hahaha bila kerja nak cuti. Bila cuti nak kerja. Dasar manusia kan. Apapun Kak Feni tetap bersyukuf dengan nikmat Allah bagi ni.
Selamat bercuti panjang
ReplyDeleteseronok cuti panjang kan.. eheh..
ReplyDeleteCT pun x jalan mana. sana sini jem. duduk rumah jele..