Perjuangan Hidup Yang Masih Belum Selesai

Thursday, February 28, 2019
Kadang-kadang rasa nak give up je dengan hidup ni tapi mana boleh ? Banyak mulut nak kena suap. Mata anak-anak yang menunggu di rumah dengan penuh harapan. Allahuakbar. Letih juga dengan masalah demi masalah yang melanda.

Alhamdulillah Allah tetap sayang. Dia uji sebab dia sayang. Pegang kata-kata hikmat itu. Muhasabah diri sebab kurangnya memberi dan lebih banyak menerima. 

Kita ni nak macam-macam tapi taknak usaha. Entah mungkin belum masanya. Tarik nafas dalam dan hembus. Semoga esok lebih baik. Malas rasanya nak fikirkan benda remeh temeh ni. Tapi benda benda ni lah yang selalu mengganggu fikiran.

Manusia takkan lari dari melakukan kesilapan. Hari ni buat, lepas tu insaf tak lama lupa dan buat balik. Susahnya nak istiqamah. Susah sangat weh. Nak buat baik dan menjadi baik ni. Bila buat jahat mudah sangat.

Nak bangkit lepas jatuh mengambil masa. Nak tarik nafas dan nak berjalan dan terus berlari perlukan masa. Semoga kita semua baik-baik saja.

Demi anak-anak dan keluarga tersayang, aku tak boleh nak give dengan mudah. Biarlah... Percaya dengan rezeki Allah yang tentukan. "Tak hidup dek puji dan tak mati dek keji".

Satu pergi, seribu mari. InshaAllah.







4 comments:

  1. InshaAllah. Aamiin. Masalah sentiasa ada. Sentiasa dilalui setiap manusia. Moga setiap masalah itu buat kita lebih mendekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ujian itu tandanya Allah sayang dan rindu.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.