Aku Anak Yang Tiada Kasih Sayang Ayah
Aku dilahirkan ketika kedua ibu bapaku sudah berpisah. Dengan kata lain bercerai hidup. Sewaktu aku masih dalam kandungan. Entah kenapa hari ni aku rasa aku nak menulis tentang kisahku. Mungkin faktor umurku yang sudah semakin meningkat.
Dilahirkan dalam keluarga yang susah menjadikan aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Walaupun zaman kanak-kanak aku tidak seindah orang lain tapi aku tetap bahagia sebagai kanak-kanak.
Aku membesar tanpa seorang ayah. Masa kecil ada juga la dua, tiga kali pergi jumpa ayah. Mak aku tidak pernah sekali pun menghalang aku untuk jumpa ayah. Aku sangat sayangkan mak aku sampai bila-bila pun. Dulu kecil-kecil nak pergi jumpa ayah jauh. Kena naik keretapi.
Bila pergi jumpa ayah pun. Aku tak duduk di rumah ayah sebaliknya aku duduk di rumah MakNgah aku. Alhamdulillah Makngah dan PakNgah aku baik orangnya. Di situlah aku berlonggok dengan kakak aku. Aku, kalau kakak aku tak pergi, aku pun takkan pergi sana. Budak-budak tahu nak seronok jer. Seronok boleh jalan dan naik keretapi. Tak tahu apa masalah orang tua-tua.
Aku sampai hari ni tak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana kedua ibu bapaku berpisah. Bila ada yang tanya macam mana atau apa-apa pasal ni. Sungguh aku tak suka dan tak mampu nak cerita. Korang nak tahu tanya diorang sendiri.
Mak aku, sampai hari ni single. Hahaha jadi ibu tunggal lagi bahagia katanya.
Bagi aku, soal kasih sayang ayah tak ada. Aku tak kisah pun. Selama ni aku okey jer hidup dengan mak dan adik beradik aku. Ayah aku pun dah 3 tahun lebih meninggal. Aku tak pernah salahkan sesiapa pun atas takdir aku macam ni. Aku lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kesusahan aku yang lalu mengajar aku tentang erti hidup.
Aku pun dah hampir 9 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Berbeza dengan aku sebab abah anak-anak aku ni sangat sayang dan prihatin terhadap anak-anaknya. Aku fikir balik setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Allah sentiasa gantikan dengan lebih baik.
Aku lebih suka anak-anak aku dapat kasih sayang yang aku tak pernah dapat masa aku kecil. Sungguh ! Aku tidak pernah berdendam dengan ayah aku. Aku redha dengan ketentuanNya bahawa hidup aku tak dapat kasih sayang ayah. Aku lapangkan hati aku bahawa ini semua adalah takdir yang Allah bagi untuk aku supaya aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.
Bila teringat kenangan pahit manis kehidupan aku masa kecil aku bersyukur sebab menjadikan aku insan yang hari ni. Menjadi lebih baik dan terus berbuat baik. Walaupun kadang-kadang rasa diri ini banyak kurangnya namun aku sudah menjadi lebih baik dari dulu. Semoga kebaikan ini akan berterusan hingga akhir hayatku.
Aku maafkan semua orang yang pernah melukakan hati aku supaya aku dapat hidup lebih tenang dan bahagia. Aku lupakan segala kesakitan dalam hati, dada dan kepala supaya aku dapat nikmati rahmat yang Allah bagi. Aku ingin bahagia dengan hidup aku hari ini dan seterusnya.
DIA tahu siapa yang layak dan mampu untuk diuji.Betul.Sentiasa bersyukur itu menjadi penawar pada setiap kesakitan yang dirasai.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sentiasa bersyukur itu kunci kebahagiaan.
Delete