BERAPA LITER AIR YANG KITA PERLU MINUM DALAM SEHARI ?

Friday, March 15, 2019
Alhamdulillah nak berkongsi pasal berapa liter air yang perlu kita minum setaip hari untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang ideal.

Bagi Kak Feni yang selalu amalkan suplemen ni mesti kena minum air kosong banyak-banyak supaya suplemen yang Kak Feni amalkan tu berfungsi dengan baik dalam tubuh. Taknaklah makan suplemen yang beli mahal-mahal tapi tak berkesan pun untuk tubuh.



Jumlah air yang perlu diminum oleh setiap orang adalah berbeza bergantung kepada berat badan, tinggi, umur dan juga jantina. 

Jadi macam mana nak kira berapa liter air yang kita perlu minum sehari seringkas mungkin?

Kita perlu minum air sebanyak 1 liter untuk 25kg berat badan. Contohnya, macam berat Kak Feni sekarang ni 67kg bahagi dengan 25kg. Jadi kena minum air kosong sebanyak 2.68 liter sehari. Dekat 3 liter. 

Kalau ikutkan tinggi dengan berat Kak Feni dah overweight tapi masih belum tahap obesiti. Jadi memang kena jaga kesihatan. Tambah-tambah lagi umur dah semakin meningkat ni dah sudah melebih 30 tahun.

Kelebihan minum air kosong untuk kesihatan ni sangat banyak. Salah satunya untuk menjaga berat badan yang ideal. Bila badan dah cantik senang untuk bergerak buat kerja.


Dulu orang tua-tua sangat menjaga pantang terutama untuk ibu yang baru lepas bersalin. Mereka belajar melalui pengalaman dan diturunkan kepada anak cucu. Zaman berubah mengikut peredaran masa. Kadang-kadang amalan pantang ni bagus untuk ibu dan bayi namun ada juga yang tidak boleh kita ikut sepenuhnya.

Ibu berpantang dilarang minum air banyak semasa dalam pantang dikhuatiri badan menjadi gemuk dan susah nak turun. Sedangkan itu hanyalah mitos. Air kosong hendaklah diminum secukupnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan juga memperbanyak susu ibu. Kalau air tak cukup, badan pun susah nak proses susu. Air ni macam pengangkutan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Jadi ibu berpantang seharusnya minum air secukupnya untuk mengelakkan pelbagai masalah seperti dehidrasi, sembelit, susu badan merudum dan sebagainya.

Kepentingan minum air secukupnya membantu menyihatkan tubuh badan serta melancarkan proses perkumuhan badan. Senang nak membuang dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. 

Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Jagalah kesihatan kita supaya dapat nikmati hidup ini dengan lebih bahagia. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

3 comments:

  1. Sebolehnya PC usahakn untuk habiskan 3liter air kosong sehari..kadang tak habis juga..masih berbaki sedikit.

    ReplyDelete
  2. Oo ingatkan semua orang sama je kena ambil 8 gelas air setiap hari. Rupanya bergantung kepada umur, berat, jantina tu ye

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.