UJIAN TANDA KASIH SAYANG

Friday, March 29, 2019
Bersyukurlah ketika ujian Allah itu datang. Allah mendatangkan rahmat yang tidak ternilai melangkaui apa yang kita fikirkan. Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang apa yang kita tidak tahu.

Tidak yakin dengan diri sendiri menyebabkan kita tidak tahu apa yang kita perlu buat seterusnya. Perjalanan kita yang berbeza-beza. Kadang-kadang masa ni, kita tengah bahagia tapi dalam masa yang sama ada sahabat-sahabat kita yang sedang berduka. Pelbagai cerita dalam satu masa.

Allah menghantar ujian itu untuk kita sentiasa mengingati DIA. Dia rindu dengan kita supaya kita sentiasa ingat dia. Dalam mencari  ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak perlu pun bersusah payah dengan pergi sini sana atau menghabiskan wang berjuta, dengan hanya menundukkan diri pada yang Maha Esa, inshaAllah hati akan menjadi tenang.

Pelbagai cara untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga. Cara bahagia sendiri. Kadang-kadang kita ni terlalu try hard untuk mengambil hati orang lain sampai lupa untuk mengambil hati sendiri. Menjaga hubungan itu memang baik, namun kalau orang tidak menghargai untuk apa ? Last kita juga yang makan hati.

Hiduplah dengan seadanya. Bersyukur dengan apa yang kita ada bukan dengan apa yang kita tiada. Kita ni kalau nak kira beruntung dengan tidak kena tengok orang yang lebih kurang dari kita. Ini menimbulkan keinsafan dan mewujudkan tanda kesyukuran dalam hati.

Merendah diri itu lebih mulia. Bukan sahaja untuk pandangan manusia malah pandangan Allah. Kita ni selalu merungut itu ini. Sedangkan masih ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Sedang kita sedang memikirkan nak makan apa ? Dekat mana ? Masih ramai insan lain yang terpaksa mengikat perut untuk sesuap nasi. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang tiada tandingan ini. 

Sedang kita seronok-seronok dengan anak-anak, masih ramai yang menunggu tuhan mengabulkan doa-doa mereka untuk dikurniakan anak. 

Allahuakbar ! Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri. Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini.

BAGAIMANA TANDA KITA BERSYUKUR ?

1. Melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Menjadi hamba Allah itu bukan susah namun tak mudah. Untuk menjadi muslim yang baik seharusnya melakukan suruhanNya. Menjadi manusia yang baik dan berguna untuk agama dan bangsa. Jangan melakukan kerosakan di dunia ini.

2. Sabar dengan setiap ujian

Bila ditimpa ujian, kita sabar dan berusaha untuk mengatasi segala ujian itu. Bergantung harap dan yakin dengan bantuan Allah akan tiba. 

3. Mengajak ke arah kebaikan.

Kita dilahirkan sebagai khalifah Allah yang akan membimbing generasi akan datang supaya menjadi insan yang lebih baik. Kalau kita sendiri melakukan keburukan atau kerosakan, macam mana dengan generasi akan datang. Menjadi contoh yang baik kepada orang lain termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

ISLAM ITU INDAH

Sesungguhnya Islam itu adalah agama Allah. Bersyukur menjadi muslim dan sentiasa berusaha menjadi seorang muslim yang baik. Berusaha mencari redha Ilahi. Amar Makruf Nasi Mungkar. 

Allahuakbar. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Wallahualam.

1 comment:

  1. Bersyukur akan sentisa buat manusia berasa cukup.InshaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.