BUAT BAIK SAMPAI BILA-BILA

Wednesday, April 03, 2019
Bulan ni gaji lambat lagi. Sama macam bulan lepas. Kenapa lambat ya bulan lepas ? Entah dah lupa. Rasanya bos tak ada untuk sign cek gaji. Jadinya lambatlah kami dapat gaji.

Bulan ni pun lambat bayar duit sewa rumah. Nasib baik dapat tuan rumah yang sangat baik dan memahami.Allah permudahkan segala urusan. Belanja pun bercatu dah sekarang ni. Risau juga tiba-tiba kena kecemasan ke. Maklumlah ekonomi sekarang ni masih teruk. Barang pulak mahal. Gaji tak naik-naik. Sedihnya. Bukan tak usaha tapi tak tahu nak habaq macam mana dah.

Buat bisnes online pun kadang-kadang ada rezeki kadang-kadang tak ada. Macam biasa tapi hidup mesti diteruskan selagi ada nyawa di badan. Selagi ada peluang dan ruang semoga semuanya baik-baik saja.

Kalau nak dihitung segala hutang dan komitmen ni memang sangat-sangat terbeban rasanya. Tambah-tambah lagi komitmen bulanan yang melebihi pendapatan. Tapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Ada je rezeki yang dia bagi. 

Rezeki itu bukan hanya dengan wang ringgit sebenarnya. Mendapat anak-anak yang baik, soleh dan sihat walafiat juga adalah satu rezeki. Suami yang memahami dan menolong saat kita susah juga rezeki. Rezeki ini banyak sebenarnya. Hanya tinggal kita untuk menghargainya dan terus bersyukur.

Begitu juga bahagia. Nak bahagia ni ikut cara masing-masing. Jangan kita tengok cara orang lain kita nak ikut. Bak kata orang ukur baju badan sendiri. Bahagia dengan cara kita. Allah akan lebih sayang hambanya yang sentiasa bersyukur.

Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang kekurangan diri sampai lupa dengan kelebihan yang Allah bagi. 

Benda positif yang kita buat setiap hari menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelum ni. Contohnya, kalau sebelum ni susah nak bangun pagi. Cuba bangun pagi. Nikmati hari dengan penuh bahagia. InshaAllah hidup kita akan lebih indah dan bahagia.

1% setiap hari. Setahun dah menjadikan kita 365%. Bukankah itu lebih baik dari kita tidak berbuat apa-apa. Apapun dugaan kita hari ini. Semuanya akan berlalu. Sekurang-kurangnya amalan kita yang baik itu akan membawa kebaikan kepada kita. 

Photo : kredit to Nak Bebel

Sekian bebelan untuk hari ini.

2 comments:

  1. Buat yang baik2, doa yang baik2, harap2 Allah kurniakan yang baik2 juga.

    ReplyDelete
  2. betul. biarlah baik itu yang berterusan dan istiqomah =)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.