Dah Sampai Masa Renew Domain - Blog Safeni Feni

April 29, 2019

Dah Sampai Masa Renew Domain


Pejam celik pejam celik dah hampir setahun Kak Feni guna domain www.safenifeni.com untuk blog ni. Alhamdulillah terima kasih ya Allah untuk nikmat yang tidak ternilai harganya. 

Menulis adalah satu kepuasan dan satu terapi untuk Kak Feni. Menjadikan blog sebagai salah satu medium berkongsi cerita dan juga salah satu punca pendapatan selain media sosial yang lain seperti ig, fb dan juga twitter.

Ada masa lebih kurang sebulan jer lagi untuk Kak Feni renew domain blog ni. Jadi sempatlah Kak Feni kumpul duit untuk renew nye. Hahaha kalau tak ia akan kembali kepada blogspot yang dulu iaitu www.sweethealthy86.blogspot.com. Kak Feni masih lagi gunakan blogspot sebab senang dan mudah. Nak ajar orang lain guna blogspot pun senang.

Ada juga yang offer Kak Feni untuk menulis menggunakan medium wordpress tapi Kak Feni rasa lebih baik hanya teruskan saja guna blogspot ni. Entahlah ikut pendapat masing-masing. Terpulang kalau tak fokus dan tak konsisten menulis pun tak guna jugekk  khenn ?

Lebih baik teruskan apa yang kita ada. Ni akibat suka tengok cerita #keretasewa si Ramli di TV3 la ni, dia suruh sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Hahahaha layan.

Blog ni lebih mudah untuk Encik Google cari berbanding fb dan intagram. Mungkin ! Backup juga sekiranya suatu hari nanti fb dan ig tiba-tiba ditutup macam hari tu. Seluruh dunia ig dan fb tergendala. At least ada jugaklah backup dengan blog. Maklumlah Kak Feni berniaga suplemen dan pakej travel ni. 

Bukan nak kata, kebanyakkan customer Kak Feni yang baru kenal ni jumpa contact number Kak Feni melalui blog. Bila Kak feni tanya mana dapat nombor Kak Feni ? Dia akan cakap" saya google dan jumpa blog akak". Alhamdulillah kan bagus begitu. Tak update hari-hari pun dapat customer. Apapun berbalik pada rezeki.

Mungkin juga doa-doa Kak Feni yang dulu supaya dapat customer melalui blog dah dimakbul tuhan. Alhamdulillah syukur. Rasa berbaloi sebab belajar buat blog dan tulis blog dengan sepenuh hati. Ewahhhh. 

6 comments:

  1. Nampak mcm mahal rm45 tu tapi bila pakai domain ni ada kepuasan di hati.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rezeki Allah beri dengan pelbagai cara..dan salah satunya blog kan kak..syukur.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Safeni. Bagi saya blogspot lebih user friendly berbanding wordpress. dulu2 pernah guna wordpress tp pening sbb lebih pd coding. nak mudah terus guna blogspot. harap2 istiqamah menulis dan berkongsi di blog mcm Pn Safeni. Pernah ada website sendiri jugak, tp nak maintain hosting n domain tu yang masalah. hehe.

    ReplyDelete
  4. Wahhh sekejap je kan dah sampai setahun! Saya dah renew bulan 2 haritu :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.