Kisah Aku Hari Ni

Tuesday, April 09, 2019

Menikmati jus avocado yang lemak manis ketika tekak terasa inginkan benda manis memang nikmat terasa. alhamdulillah aku ni memang kaya dengan rezeki makan minum. Tak pernah kurang dan syukur sangat. Kiri kanan ada sahabat yang sentiasa murah untuk memberi bukan sahaja dari segi makan minum malah kadang-kadang pertolongan dari segi doa.

Syukur sangat pada Allah. 

Aku lebih sayangkan orang yang sayangkan aku dan aku tidak mahu ambil pusing tentang apa yang orang tak suka aku. Hidup ini hanya sekali jadi aku mahu lakukan yang terbaik untuk hidup aku.

Mungkin dulu, aku terlalu takut untuk menonjolkan diri. Takut untuk ke depan dan terlalu takut untuk mencuba. Sebenarnya persekitaran kita yang menjadikan kita begitu.

Bila dah semakin dewasa dan semakin matang. Aku semakin boleh berfikir tentang yang mana baik dan buruk. Sesungguhnya aku memang degil dan tegas dalam apa yang aku buat. Aku tidak mahu sekali-kali pun biarkan orang lain menentukan hidup aku.

Jadi untuk segala risiko yang aku ambil, aku sendiri yang tanggung. Menjadi isteri dan ibu kadang-kadang menjadi kekangan untuk aku buat lebih namun aku tetap cuba dan mencuba. Tiada siapa yang boleh tolong aku melain aku sendiri.

Aku pernah hidup susah dan pernah tidak punya apa-apa. Masa kecil-kecil ku tak seindah orang lain tapi aku tak kisah. Kalau nak kenang yang duka-duka itu semua boleh melemahkan aku melainkan aku kena bangkit melawan apa yang aku tak mampu nak lakukan. Aku yakin yang aku takkan selamanya hidup susah.

Setakat hari ini, alhamdulillah hidup bertambah baik dan tidak meminta-minta dengan orang. Apa yang aku nak akan aku usahakan sendiri. InshaAllah dengan bantuan dan izin Allah. Kalau tak kerana izinnya aku takkan berjaya macam hari ini.

Aku harus berbangga dengan pencapaian aku hari ini. Boleh membesarkan anak-anak dengan kudrat aku dan suami. Membantu dan menyara hidup ini dengan sendirinya. Bantuan ahli keluarga itu ada lah. Sekurang-kurangnya kami usaha dengan cara kami.

Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini. Susah aku yang dulu menjadikan aku insan yang lebih kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan hari ini. Memaafkan itu mudah namun untuk melupakan itu susah.

Bagi aku, tak suka lebih baik menjauh daripada hipokrit di depan mata. Buat menambah dosa. Apa pun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi hari ini.




4 comments:

  1. penah cuba avocado tapi kenot goo.. tapi nanti CT nak try lagi
    sebab ramai cakap sedap. nak cari juga sampai dapat sedap tu =D

    ReplyDelete
  2. Kedukaan itu buat kita lebih kuat berdiri dan berlari.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya akak, sangat positif. Ambik aura sikit. ;)

    #followsini :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.