Suasana Pagi Kampung Suamiku - Blog Safeni Feni

April 22, 2019

Suasana Pagi Kampung Suamiku

Hari Khamis minggu lepas kami tergesa-gesa balik kampung setelah mendapat perkhabaran duka tentang Pakjang telah kembali ke rahmatullah. Pada pagi Khamis tu kami dapat berita yang Pakjang dikejarkan ke Hospital Gerik akibat tidak sedarkan diri.

Niat hati memang nak balik tengok Pakjang sebab dia memang rapat dengan kami. Petang Khamis, kami semua dikejutkan dengan berita kematian Pakjang. Balik kerja masing-masing terus bergegas balik kampung.

Perjalanan kami mengambil masa 5 jam untuk sampai jadi kami tak sempat pun nak tengok arwah untuk kali terakhir. Hanya doa dari jauh untuk arwah dan semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Arwah pun sangat baik orangnya. Semoga segala kebaikannya diangkat Allah.

Mohon sahabat yang baik hati, sedekahkan al-fatihah untuk beliau agar rohnya bahagia di sana.


Kak Feni nak kongsikan tentang suasana kampung suami Kak Feni. Dulu Kak Feni duduk sinilah masa lepas kahwin sampailah melahirkan anak sulung Kak Feni, Abang aus. Lepas pantang kepada Abang Aus, dapat rezeki pindah ke Kuala Lumpur. Rezeki anak-anak. Tahun ni dah hampir 8 tahun dah duduk di bandar. Balik kampung pun bila ada masa lapang. Ni anak-anak dah masuk sekolah memang lagi susah nak balik kampung.



Suasana pagi hari Jumaat 19.04.2019. Masa ni kami beramai-ramai nak keluar cari sarapan pagi. Kabusnya sejuk sangat. Terasa macam berada di Cameron Highland. Hahaha lepas ni rasa nak pergi Cameron boleh tukar plan balik kampung jelah.



Depan rumah opah, ada sebuah homestay. Sebelum ni homestay ni memang sangat laris sebab ada orang yang berubat kanser dekat Kg Batu 4 tu. Namanya Arwah Pakdak. Rumah Arwah Pakdak ni tak jauh mana dengan rumah opah. Kak Feni pun pernah berubat dengan dia untuk masalah senggugut yang teruk. Baik sangat orangnya. Tular juga la beliau dalam mengubati masalah penyakit-penyakit kronik ni. Apapun dengan izin Allah.




Apa lagi yang seronok di sini, ada gerai makan minum petang. Laksa, bihun sup, ais kacang dan cendol sedap sangat. Balik kampung memang tak boleh nak diet sebab makan banyak. Hahaha kalau diet sangat merugikan sebab tak boleh makan makanan yang sedap-sedap.

Hari Sabtu petang kami pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan hidup ni. Yang pergi tetap akan pergi, kita yang tinggal perlu teruskan hidup dan buatlah yang terbaik untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya syurga itu bukan percuma dan bukan murah. Banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan untuk memilikinya.

Dunia ini hanya sementara, buatlah baik selagi mampu.

#ceritakakfeni

3 comments:

  1. Takziah ya kak..
    Al Fatihah.Moga tenang rohnya di sana..aamiin.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Takziah bagi arwah pakjang..Alfatihah..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.