Ramadhan - Day 1

Monday, May 06, 2019


Alhamdulillah syukur sebab masih berpuasa ketika entri ini ditaip. Bos bagi kelonggaran untuk muslim balik awal. Kak Feni boleh balik awal pukul 4.15 petang. Oleh kerana husband Kak Feni balik lambat. Awal sikit dari hari biasa. Jadinya bolehlah Kak Feni luangkan masa muhasabah diri sementara beliau kerja.




Balik awal pun Kak Feni tetap kena tunggu husband sebab kami datang sekali dengan motor. Bukan tak boleh nak bawa kereta datang tempat kerja. Mengenangkan jalan sesak dengan kereta jadi masa nak sampai rumah tu pun panjang. Jadinya kami sepakat untuk naik motor jela.

Sempena bulan Ramadhan ni, perbanyakkan amalan seperti mengaji Quran, zikir, sedekah dan berbuat baik sesama makhluk. Semoga amalan baik kita diterima Allah dan menjadi bekalan untuk kita di alam sana. Banyakkan doa dan sedekah untuk mereka yang telah pergi dulu sebelum kita.

Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.



3 comments:

  1. Salam Ramadan...bestnya balik awal, 4.15..kita balik kul 5..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...selesai hari pertama..Allahu..sebak.

    ReplyDelete
  3. SALAM RAMADAN FENI BOS LEPAS BALIK AWAL TK KEMUDAHAN PENGKRYANYA UTK MEMPERSIAPKAN JUADAH BERBUKA N SEBAGAINYA BAGUS TU

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.