Salam Ramadhan Al Mubarak
Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T sebab masih diberikan kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ni. Dikesempatan ini Kak Feni nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah kurnia tuhan selalu.
Kak Feni macam tahun-tahun lepas juga, kerja macam biasa dan balik macam biasa cuma awal sikit. Bos memang bagi kelonggaran untuk balik awal dalam pukul 4.30 petang sempena bulan Ramadhan ni. Tapi Kak Feni kena tunggu husband, jadi dalam pukul 6.30 baru gerak balik. Sampai rumah dalam pukul 7.00 malam. Memang tak sempat nak siap apa la.
Alhamdulillah mujur berbuka puasa di rumah mertua. Jadi tak kalut sangat. Azam Ramadhan kali ni nak khatam al quran paling kurang pun sekali. Kalau dapat lebih alhamdulillah. InshaAllah kena bulatkan hati.
Bulan ni kena buat amal banyak-banyak sebab nak rebut pahala yang berlipat kali ganda. Semoga Kak Feni istiqamah dalam melakukan suruhan Allah. Menjadi hamba yang baik.
Nak jadi insan yang banyak memberi dan bukan menerima. Allah, permudahkanlah aku.
Allahumma amin.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.
Aamiin.InshaAllah.
ReplyDeletesemoga tercapai azam akak. Selamat berpuasa :)
ReplyDeleteFarhana Jafri
Salam Ramadan
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa
selamat berpuasa akak
ReplyDeletesalam ramadan juga sis!
ReplyDeleteSalam Ramadhan kak feni :)
ReplyDelete