Salam Ramadhan Day 9

Tuesday, May 14, 2019


Setelah beberapa hari skip menulis di blog yang indah nian ni. Hari ini, Kak Feni menguatkan semangat supaya blog ini tidak bersawang dan sentiasa update. Alhamdulillah. Nak istiqamah menulis pun bukan senang. Kena ada semangat yang luar biasa. Bukan senang nak senang.

Sambil-sambil menulis dan buat sharing ni, boleh juga muhasabah diri tentang kebesaran Allah dan kekurangan diri yang hina ini. Kalau senang jangan lupa orang yang susah. Kalau susah jangan lupa ini semua ujian. Kaya ke miskin ke semuanya ujian. Allah menguji mengikut kemampuan hambanya.

Buat baik selagi mampu. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Jaga solat, bila kita jaga solat secara tak langsung hidup kita pun jadi teratur dan segalanya berjalan dengan lancar. Hati pun tenang sebab kita serahkan semuanya pada Allah.

Masalah yang kita rasa besar dan berat itu akan jadi mudah dan ringan jer bila kita serahkan kepada Allah. Biasalah kalau kita ada masalah, rasa macam nak lari dari masalah sehinggakan masalah lain pula yang timbul. Macam tu juga kalau sekali kita menipu, nak tutup penipuan itu kita akan buat penipuan yang baru, makanya makin banyak dan banyak sehinggakan makin parah. Sebaiknya, jujurlah walaupun kejujuran itu pahit. Hadapi dan uruskan masalah tersebut, inshaAllah Allah akan permudahkan.

Hidup ini sementara jer, kalau jatuh kita bangun. Kalau kalah, kita cuba lagi dan kalau gagal, bangkit semula. Hidup ini mudah dan jangan dipersulitkan. Tak perlu gaduh-gaduh. Benda boleh settle buat apa nak semakkan kepala. Sabar dan tenang itu indah.

Salam Ramadhan yang ke 9 hari ini. Semoga Allah panjangkan umur untuk bertemu dengan bulan mulia Ramadhan tahun depan. Amin.

3 comments:

  1. Assalamualaikum. Salam Ramadhan Kareem :)

    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah.

      InshaAllah pasti Kak Feni bw blog awak.

      Delete
  2. jenis yg x matang ni lah cpt sgt melentingnya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.