13 Cara Alami Yang Boleh Diamalkan untuk Masalah Sakit Kepala
Sakit kepala boleh menyebabkan rutin harian terganggu dan mengganggu emosi. Bila emosi terganggu, masalah lain pun banyak yang akan timbul.
Jadi jom kita tengok cara alami yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan masalah sakit kepala.
1. Makan Makanan Yang Sihat
Awasi pengambilan makanan harian. Pastikan makan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk diet harian. Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan serta mengurangkan masalah sakit kepala.
2. Lakukan Senaman
Senaman memang penting untuk kesihatan. Bersenam setiap hari atau paling kurang 2 hingga 3 kali seminggu dapat mengurangkan tekanan yang kita alami. Kalau rasa tertekan, ada baiknya kita buat senaman ringan bagi mengurangkan tekanan. Bebanan tekanan yang terlalu banyak boleh membuatkan masalah sakit kepala.
3. Dapat Tidur Yang Secukupnya
Tidur yang cukup dapat membantu dalam masalah sakit kepala. Salah satu punca sakit kepala adalah tidak cukup tidur atau tidur yang tak berkualiti. Jadi pastikan masa tidur yang cukup dan selesa bagi mengurangkan rasa sakit kepala.
4. Elakkan Kafein
Kafein adalah salah satu bahan yang membantu dalam meningkatkan motivasi. Namun kalau terlebih kafein boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi bagi mereka yang ingin mengurangkan sakit kepala, eloklah cuba untuk kurangkan/elakkan terus pengambilan kafein dalam diet harian.
5. Berhenti Merokok
Merokok adalah tabiat yang kurang sihat. Tidak merokok dalam sehari boleh menyebabkan pengamal mengalami tekanan dan sakit kepala. Untuk mengatasinya cuba untuk berhenti merokok.
6. Mengawal Tekanan
Kawal tekanan dengan menjaga emosi. Elakkan terlalu stress dengan melakukan aktiviti yang kita suka. Ambil waktu untuk bertenang.
7. Mudahkan Hidup Ini
Dalam hidup ini, terlalu banyak benda yang kita nak buat. Jadi mudahkan hidup sendiri. Berfikir secara positif. Jangan pening-pening dan stress.
8. Ambil Masa Untuk Berehat
Berehatlah untuk hidup lebih tenang. Bila kita dapat rehat yang cukup, kualiti hidup pun lebih indah. Ambil cuti dan berehatlah untuk menenangkan fikiran yang kusut. Fikiran yang kusut itu membuatkan kita selalu rasa sakit kepala.
9. Hembus Nafas
Kawal pernafasan untuk bertenang. Pernafasan yang betul dapat membantu dalam mengurangkan tekanan.
10. Ubah Sikap
Yang ni penting untuk masa depan. Kalau kita tak ubah sikap kita untuk menjadi lebih baik. Kita takkan berjaya sampai bila-bila pun. Kalau nak sihat, kena selalu amalkan gaya hidup yang sihat seperti makan ikut waktu, bersenam, elakkan merokok dan sebagainya. Segala usaha yang kita buat tak akan berhasil kalau kita tak ubah sikap.
11. Lepaskan (Let Go)
Belajar untuk lepaskan tekanan. Biarkan ianya berlalu.
12. Regangkan Otot
Sakit kepala ketika berkerja ? Apa kata rehat sebentar sambil regangkan otot untuk seketika.
13. Catat Masalah Sakit Kepala Harian
Untuk yang selalu mengalami masalah sakit kepala, eloklah mencatat di buku. Bagi masalah yang teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan.
Tips yg bagus...cuaca panas skrg mmg slalu sakit kepala
ReplyDelete