Kenapa Beli Online Lebih Murah Dan Jimat Berbanding Beli Di Kedai

Wednesday, June 19, 2019
Ewahh hari ni Kak Feni nak share tentang belian online yang ternyata lebih murah dan jimat untuk golongan marheam macam Kak Feni ni. Alhamdulillah sejak beberapa tahun ni, Kak Feni lebih terbuka untuk buat belian secara online. Dulu agak sukar nak ubah mentaliti sebab selalu sangat terkena dengan seller online ni.

Sebenarnya tak cukup ilmu juga sebab tu takut lebih banyak. Kalau nak apa-apa kena tawaf mall semata-mata nak beli sesuatu barang. Bila dah celik sikit teknologi ni, alhamdulillah dah pandai shopping online. Tambah-tambah lagi sekarang ni, banyak apps shopping yang boleh kita download di handphone.

Sekarang ni banyak platform online yang buat jualan di alam maya ni antaranya Lazada, Shopee, Zalora, dan banyak lagi lah nak mention satu-satu, sampai esok pagi pun tak selesai. Huhu

Selalunya Kak Feni guna platform Shopee dan Lazada untuk shopping sebab harganya lebih murah dan jimat. Bila ada offer lagi berganda jimatnya. Namun kena hati-hati juga sebab nanti kalau duit dalam akaun kering sebab asyik shopping je dalam talian.

Kenapa Beli Online Lebih Murah Dan Jimat


1. Jimat Masa

Memang sangat-sangat menjimatkan masa sebab tak perlu pun nak keluar bersusah payah nak pandu kereta, masuk mall, nak jalan dalam mall dan sebagainya.

2. Lebih Murah

Kalau kita buat belian secara online, kita boleh bandingkan harga antara seller A dan Seller B. Sudah tentu kita akan pilih yang lebih murah.

3. Tak Perlu Keluar Rumah

Setelah belian dibuat, kita tak perlu pun nak bersusah payah nak keluar. Nak-nak pulak kalau yang jenis anak ramai. Nanti akan ada abang posmen / kurier hantar depan pintu. Bukankah itu lebih mudah dan selamat.

4. Selamat

Kalau kita ada apa-apa masalah semasa membeli, boleh je buat laporan kepada pihak berwajib. InshaAllah kalau saluran yang betul, kita akan dapat balik hak kita. Tapi sentiasa pastikan seller yang kita nak beli tu bebas dari kes penipuan (selalu terjadi bila guna akaun personal). Kalau trust seller tu, inshaAllah tak ada apa-apa.

Hari ni dah terjebak buat belian di Shopee lagi.

Ni lah padahnye bila Shopee selalu buat offer.

Minggu sudah pun dah berhabis jugak beli baju kurung melalui sahabat facebook. Hari ni baju dah sampai.


Lepas ni, kita kita pakat ketar kepala cari duit banyak-banyak pulak sebab nak shopping banyak-banyak lagi. Hahaha inshaAllah akan ada je rezeki yang Allah akan bagi. Yakin dan percaya je. Pasti Allah akan bagi.

#KakFeniStory


8 comments:

  1. Wak tak pernah lagi membeli belah melalui online.
    ketinggalan zaman betul ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai WP ni. Bagus jugalah, duit tak habis banyak. Kami ni pantang tengok semua nak dibelinye. Sampai pening fikir macam mana nak cari duit nak cover. Hahaha

      Delete
  2. abam kie jrg beli pakaian atau kasut on9 sbb bimbang salah saiz. tp brg2 lain spt supplement mmg beli kat lazada or shopee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tu la salah satu risikonye. Tak menepati citarasa pulak. Kena hati-hati juga ni.

      Delete
  3. Eh haritu nak beli jugak baju kurung 2pcs RM100 ni tapi banyak saiz dah sold out haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Yang kak feni nak pun banyak sold out. Tu yang hentam je code mana2 tu.

      Delete
  4. Orang lain dah jemu agaknya membeli belah online ni kak..PC masih terkial-kial..baru sekali dua mencuba..setakat ni alhamdulillah barang yang sampai baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bila shopping takkan pernah jemu kot PC. Hilang stress.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.