Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Di Sekolah Abang Aus 2019

Tuesday, June 18, 2019
Meriah tahun ni sebab Abang Aus dah pun sekolah darjah 1. Teruja dan seronok sebab anak membesar depan mata. Alhamdulillah nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan.

Hari Jumaat lepas sekolah rendah tempat Abang Aus belajar buat sambutan hari raya. Seronok sangat tengok anak-anak cantik dengan baju raya masing-masing. Semuanya comel-comel dan bergaya kalah orang dewasa ni ha.

Bila Cikgu hantar gambar dalam group whatsapps memang seronok dan teruja. Mesti tercari-cari wajah anak dalam gambar. Perasan ibu dan bapa kan. Seronok bila tengok anak-anak seronok. Ni ummi kongsikan photo-photo depa yang cikgu hantar. Esok-esok boleh tengok dan ingat kembali memori sambut hari raya di sekolah.

Kita dulu mana ada teknologi macam sekarang. Jadi yang ada hanya dalam ingatan untuk kenangan manis kita.









Ummi dengan abah akan lebih seronok bila anak-anak seronok. Cikgu suruh bawa pinggan dan gelas untuk jamuan makan. Jadinya ummi bekalkan pinggan plastik dan botol air plastik supaya senang Abang Aus nak jaga. Kalau jatuh pun tak mudah pecah, maklum sajalah anak lelaki ni kan.

Teringat ummi dulu masa sekolah rendah, bila ada jamuan makan dan cikgu suruh bawa pinggan. Bawa lah ummi pinggan kaca dan gelas kaca yang dibalut dengan surat khabar sebab takut pecah. Hahaha kalaulah jatuh tengah jalan. Langsung tak boleh makan tapi alhamdulillah segalanya dipemudahkan. 

Pergi sekolah dan balik pun pinggan dalam keadaan baik. Orang susah kan kena belajar hidup susah. Kalau ada apa-apa pun mesti akan guna apa yang ada. Tak macam anak-anak ummi sekarang, kalau tak cukup apa-apa mesti ummi dengan abah akan usaha carikan. 

InshaAllah semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup Abang. Abah,  ummi dan Adik Rayyan akan sentiasa sayang Abang sampai syurga. 

4 comments:

  1. Sekolah2 dah jadikan sambutan tahunan untuk hari raya ni

    ReplyDelete
  2. zaman sekolah dulu waktu mcm ni laa paling ditunggu2... lepas tu dpt mkn mcm2 kuih yg kwn2 bw...seronok sgt

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.