Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah Maaf Zahir dan Batin

Monday, June 10, 2019
Alhamdulillah hari ni dah raya ke-6. Kak Feni dah masuk kerja.

Tahun ni kami balik Kelantan dulu baru ke Perak. Balik beraya awal di kampung jadi bolehlah kami buat ketupat palas, tapai dan lemang. Puas hati balik kali ni sebab semuanya boleh buat.

Raya pertama tak beraya sangat sebab anak-anak kena cirit birit. Makan macam-macam perut pun meragam. Bukan setakat anak-anak, abahnya sekali kena sakit perut. Balik Kelantan kalau tak makan memang rugi. Bila hentam macam-macam ni lah akibatnya.



Bila anak-anak dah kena cirit-birit ni, mood nak beraya pun hilang. Abang Aus taknak pun pakai baju raya dia yang hensem tu. Bila semua orang ajak nak bergambar pun dia taknak sebab takut nak pergi tandas. Ni pujuk-pujuk dapat la 2 keping untuk kenangan.

Pagi raya kami dah tawaf pekan Pasir Puteh dengan Machang untuk cari klinik. Mana ada klinik yang buka sebab orang nak beraya. Kesian Abang Aus. Last-last balik bagi minum teh pekat. Pergi rumah Tok Cek, Cik Ina bagi makan ubat sakit perut alhamdulillah lega.

Raya kedua dah bertolak balik ke Gerik, Perak. Perjalanan dari Machang ke Gerik pun delay sebab banyak kereta. Jem sikit masa nak naik jambatan di Tanah Merah. Lepas tu jalan okey hingga lah sampai di Bandariang, Gerik hujan turun dengan lebat selebatnya. Jadi jalan pun dah semakin perlahan.

Kami sampai ngam waktu zuhur. Masih ramai yang datang ke rumah opah untuk beraya.

6 comments:

  1. selamat hari raya kak feni :D hari raya pertama memang agak sinonim dengan sakit perut huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya dear. Kann raya dan sakit perut tak boleh dipisahkan.

      Delete
  2. Perut meragam waktu raya memang satu perkara yang dah macam jodoh..pantang silap makan sikit...naik lesu badan bila cirit birit ni..kalau boleh nak tido depan tandas..lagi la bila ramai-ramai..boleh stress tunggu turn depan tandas..Salam Aidilfitri Kak Feni..maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya PC. Semoga kita dapat bertemu lagi syawal tahun depan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.