UNBOXING TRIAL SET HADA LABO SKIN CARE

Friday, June 21, 2019
Hari ni pagi-pagi dah sampai Trial Set Hada Labo Skin Care Kak Feni. Beli di Shopee sebab dapat emel promotion 10% off. Apa lagi cepat-cepat grab kebetulan duit ada. Tak ada kita borrow sama kawan. Dapat gaji kita bayar, itu biasa dan sangat gunanya sahabat kan. Hahaha.😂😂

Tak sabar nak try sebab Kak Feni mengalami masalah kulit kering dan menggelupas. Bila pakai bedak muka jadi bercapuk. Tu yang nak cuba Hada Labo ni. Bila tengok Review pengguna skin care ni macam okey.


Yeah ! Dah sampai dan tak sabar nak pakai di muka supaya lebih sihat dan cantik. Kalau tak kusam je muka. Orang nak tengok pun ngeri. 😥




Bila dah berumur ni, segala mak nenek mula tumbuh di muka ni. Maklumlah faktor usia kan. Takkan selamanya muda belia. Haha jadinya kena lah jaga dari awal. Apa orang kata beringat selalu. Bukan nak lawan tua namun benda boleh cegah kan. Ada baiknya kita mencegah daripada mengubati. Macam penyakit juga. Kalau boleh cegah dari awal, kita cegah. Kalau dah melarat nak mengubati tu bukan ke ambil masa.

Di belakang kotak trial set ni ada cara-cara menggunakannya. Jadi kita boleh rujuknya untuk yang baru nak guna. Kak Feni rasa stepnya sama jer dengan produk skin care lain.

1. Hydrating Face Wash


Yang ni pencuci muka. Untuk membersihkan wajah dari segala kotoran. 

2. Hydrating Lotion


Yang ni Kak Feni andaikan macam toner wajah. Lepas cuci muka dengan pencuci muka. Lap bersih kemudian sapu lah lotion ni.

3. Hydrating Light Cream


Ini adalah krim pelembab. Lepas sapu lotion, kita apply pula krim pelembab ni. Krim ni berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit kering.
 

Nantikan review Kak Feni selepas menggunakan produk Hada Labo ni. Baik ke idokkk ??? Kemudian kita story.

2 comments:

  1. hi..singgah blogwalking sini ^_^ ....Sha pengguna tegar hadalabo..Sha guna yang anti-aging sekarang..memang best!..

    ReplyDelete
  2. Nanti review ye, saya tak pernah pakai hada labo tapi plan jugak nak try sebab ramai kata best..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.