Bila Akaun Instagram Nak Kena Hijack Dengan Orang Tak Dikenali

Tuesday, July 16, 2019
Pagi ni masuk pejabat dengan gembiranya sebab semalam MC. Kak Feni kena demam urat. habis sakit segala sendi dan badan. Kepala pun macam berat sangat, sampai rasa nak baring tidur je. Lepas makan pagi dengan kawan-kawan di pejabat dapat beberapa SMS dari instagram untuk minta security code.



Gelabah juga Kak Feni. Eh apa hal ni ? Siapa yang nak login akaun aku ? Mujur ada di pejabat dan terus Kak Feni semak email. Aduii boleh kemurungan kalau akaun kena hack macam ni. Nak buat balik dari awal bukan senang tau.


Tengok memang ada cubaan untuk login akaun instagram Kak Feni. Cepat-cepat Kak Feni tukar password. Dia takkan berjaya login akaun Kak Feni sebab security code akan dihantar ke nombor handphone Kak Feni. 

Penting sangat kita masukkan nombor handphone untuk masalah macam ni lah. Orang lain tak boleh senang-senang nak login akaun kita. Macam-macam dia boleh guna dengan akaun ig kita ni. Dia jadi scammer mengaku sebagai kita (Kak Feni) dan minta pinjam duit atau sebagainya. Jadi hati-hati dengan orang tak guna macam ni. Dia boleh buat apa saja.

Allahuakbar, nasib masih menyebelahi Kak Feni. Akaun instagram Kak Feni masih selamat. Nak mulakan kembali sesuatu itu bukan mudah. Akaun itu Kak Feni guna untuk share personal life dan juga banyak kumpul customer. Akaun bisnes untuk kumpul duit. Huhu.

Semoga kita semua selamat dari segala fitnah duniawi. 




4 comments:

  1. Pernahlah sekali akaun bisnes instagram kena hack, so nasib baik dapat recover dengan email.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik boleh diselamatkan. Emang dasar nak hidup mudah je scammer ni.

      Delete
  2. Alhamdulillah kak, nasib baik security code hantar ke phone. Risau jugak kalau kena hack, bukan senang nak kumpul followers..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula. Bertahun-tahun nak kumpul followers walaupun ciput tapi berpotensi jadi potential buyer. Bukan yang fake punya. Hahahah haissshhh.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.