CUTI-CUTI MALAYSIA | PULAU PANGKOR TEMPAT MENARIK DAN PALING MURAH DI MALAYSIA

Tuesday, July 09, 2019
Setelah beberapa hari tak sabar menunggu untuk pergi akhirnya tiba juga waktunya. Bercuti ke Pulau Pangkor ! Ikut trip opis abah buat. Teruja dan sengeh sampai ke telinga 😃. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Jom Kak Feni share aktiviti kami di sana.

Pulau Pangkor | Day 1 - 05/07/2019 - Friday


Kami sampai di jeti Marina pukul 12.00 tengah hari. Makan tengahari siap-siap sebelum naik feri. Feri di Marina beroperasi sejam sekali. Oleh kerana masih ada masa kami makan tengahari siap-siap di jeti Marina.

Lepas makan, kami berkumpul di tempat yang disediakan di jeti untuk naik feri. Perjalanan dari jeti Marina ke Pulau Pangkor tak lama. Dalam 15 ke 10 minit sahaja. Tak terasa pun naik bot. Bagi yang nak rasa naik bot lama-lama boleh jer naik di jeti Lumut.

Kami sampai di Pulau Pangkor tepat pukul 1.30 petang. Tunggu teksi pink untuk ke tempat penginapan. Jeti ke tempat penginapan kami di Teluk Nipah sejauh 8 KM sahaja. Kami kena naik 5 buah teksi sebab ramai. Kami satu group dah 48 orang. 

Suami Kak Feni ambil sebuah motor untuk memudahkan pergerakan kami di sini. Rate sebuah motor untuk hari hujung minggu ialah RM40 sehari. Oleh kerana kami ambil ikut pakej adalah diskaun sikit. Kena pandai-pandai bodek 😁.







2.00 petang kami tiba di tempat penginapan. Berkumpul di lobby untuk taklimat. Tempat penginapan kami kali ini ialah Palma Beach Resort.



Setelah selesai mendengar taklimat dan dapat kunci masing-masing, kami terus masuk bilik dan berehat. Aktiviti petang ni santai, free and easy. Pukul 6.30 ada aktiviti bird fiding iaitu memberi makan burung enggang. Tak jauh dari tempat penginapan. Hanya jalan kaki jer.

Lepas aktiviti bird fidding, kami balik bilik masing-masing untuk bersiap bagi majlis makan malam. Majlis makan malam juga disertai dengan sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan Jun. Makan malam telah di add-on dalam pakej. Kalau tak, makan malam tak termasuk dalam pakej.

Lepas makan malam, aktiviti bebas. Boleh jalan-jalan di tepi pantai dan santai di kedai-kedai yang ada di Teluk Nipah. Malam hujung minggu adalah malam yang havoc bagi Teluk Nipah. Ramai pengunjung dan banyak kedai dan gerai yang buka. Kalau hari-hari minggu biasa, kebanyakkan kedai tak buka dan nampak macam sunyi.

Lepas penat jalan-jalan dan lepak santai. Balik bilik untuk tidur.

Pulau Pangkor | Day 2 - 06/07/2019 - Saturday


Sarapan pagi disediakan seawal pukul 7.30 pagi. Kami bersarapan di lobby penginapan sebelum bersiap untuk aktiviti island hopping dan snorkeling.

Kami berkumpul di tepi pantai seawal jam 8.30 pagi bagi aktiviti pantai. Sementara menunggu bot sampai pelbagai aktiviti yang boleh dibuat seperti permainan banana boat dan sofa boat. Harga untuk group besar macam kami, diorang bagi untuk banana boat RM13 per person. Manakala sofa boat RM20 per person. Harga untuk setiap permainan ini lebih murah berbanding di tempat lain seperti PD dan Penang. Jadi kalau rasa nak main sukan air ni, boleh pergi ke Pulau Pangkor.

Riuh rendah bila dah ramai. Diorang enjoy the day. 





Bergambar beramai-ramai sebelum naik bot untuk ke aktiviti snorkeling.

















Kami diberi masa selama 2 jam untuk aktiviti snorkeling. Memang best sangat. Untuk aktiviti snorkeling ni, sediakanlah roti sebab ikan-ikan suka makan roti. Bila kita umpan dengan roti berebut-rebut ikan datang kat tangan kita untuk makan. Memang best sangat. 

Oleh kerana kami saja yang bawa satu buku besar roti, makanya kena berkongsi beramai-ramai. Bolehlah merasa sikit sorang. Dekat pulau tu ada juga nampak kedai yang jual burger dan air. Tapi tak tahu harga berapa sebab tak pergi ushar dekat.

Setelah 2 jam di pulau, kami dijemput kembali dengan bot untuk ke pantai.

Kami tiba di dataran dalam pukul 12.30 tengahari. Balik bilik untuk bersiap makan tengahri dan berehat untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti petang ini ialah sukaneka. Macam-macam permainan yang ada untuk mengeratkan silaturahim.

Aktiviti sukaneka berakhir dalam pukul 5.30 petang. Yang ni Kak Feni tak join sebab anak-anak tidur keletihan. Hanya abahnya yang pergi join. Dah nak habis baru kami sampai.

Aktiviti petang kami dihabiskan mandi kolam di hotel yang Acik menginap iaitu Palm Bay Resort. Dekat jer dengan Palma Beach Resort. Jalan kaki 2 3 langkah orang kata.



Pengipan kami Palma Beach Resort tak ada kolam tapi lebih dekat dengan pantai. Palm Bay Resort agak ke belakang namun tak jauh dari pantai, ada kolam. Kedua-dua resort ni bersih dan selesa. Direkomenkan untuk menginap bila ke Pulau Pangkor. Harga berpatutan.

Kolam di Palm Bay Resort ni mula buka pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Jadinya anak-anak mandi sampai puas. Nak maghrib baru naik. Pagi mandi laut petang mandi kolam. Memang seronok sangat.

Lepas puas mandi manda kolam, balik ke bilik untuk bersiap makan malam. Makan malam ini ada kambing golek yang ditempah khas untuk semua Team HKL. Makan malam juga disertai dengan majlis penyampaian hadiah untuk peserta yang menang sukaneka.









Selesai makan malam, aktiviti bebas dan semua orang bebas nak buat aktiviti apa pun. Ada yang ambil peluang bersiar-siar di gerai-gerai Teluk Nipah. Ada yang sewa pancing untuk memancing. Ada yang lepak santai di bilik. Ikut masing-masing.
Kami ? Kami layan busker di tepi pantai.















Puas santai layan busker tepi pantai, kami round-round dengan motor. Letih balik bilik untuk rehat. Adik Rayyan terus lentok tidur. Kak Feni dengan Abang Aus keluar balik sebab Acik ajak pergi minum. Sakan oiii.



Cantik sungguh suasana malam di sini. Santai-santai lepak sambil menikmati minuman panas sejuk dan juga kentang goreng panas-panas.









Puas melepak dan perut kenyang kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur. Selesai sudah aktiviti kami di hari ke-2.

Pulau Pangkor | Day 3 - 07/07/2019 - Sunday

Hari terakhir kami di Pulau. Bangun awal pagi nak pergi tengok sunrise lah kononnye. Merayap pagi-pagi last-last matahari naik arah lain. Hahahaha 😂.




Kami balik ke tempat menginap untuk sarapan pagi. Sarapan pagi bermula pukul 8.00 pagi. lewat sikit dari hari sebelumnya. Lepas sarapan balik bilik untuk kemas-kemas beg. Acik dan Pakcik datang untuk ajak ronda-ronda pulau dengan motor. Makanya, kami semua dengan tak mandi terus gerak meronda. Hahaha asal boleh ! Apa ada hal kan ?

Ronda naik turun bukit. Hahaha kecut perut. By the way kalau nak sewa motor di pulau ni, better pilih skuter sebab baru syok naik bukit. Kalau pilih motor biasa yang ada gear tu, silap hari bulan semput-semput naik bukit buat naya. Pilih motor yang elok sikit untuk kemudahan sendiri.

Rate sewa motor bagi hujung minggu ialah RM40 sehari. Kalau 3 hari dah RM120. Ala pandai-pandai lah ayat orang yang sewa tu. Kak Feni dapat diskaun sikit sebab ambil dengan ejen yang jadi tour guide kami.

Kami singgah di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan. Satu-satunya kilang milik bumiputera di Pulau Pangkor.



Kat sini kita boleh beli macam-macam hasil laut yang telah diproses seperti sate ikan, sotong kering, ikan masin dan banyak lagi.



Kami teruskan perjalanan ke Kota Belanda untuk bergambar. Kalau datang sini tak pergi Kota Belanda, rugi sebab boleh tengok tempat sejarah. Anak-anak suka pergi sini sebab boleh naik tangga.







Kemudian seterusnya kami ke Masjid Terapong Pulau Pangkor. Haha oleh kerana Kak Feni pakai baju tangan pendek. Kami bergambar di depan masjid jela.


Sebelum sampai Masjid Terapong ni kita akan jumpa Batu Bersurat dulu. Kami tak berhenti pun untuk ambil gambar sebab nak kejar masa. Lepas snap-snap gambar kami balik ke resort untuk bersiap pulang. Kami kena check-out sebelum pukul 12.00 tengahari. Sampai di resort dalam pukul 10.40 pagi. Ada masa lagi untuk anak-anak nak mandi kolam. Jadi depa pergi mandi kolam sementara ummi kemas beg.

Setelah semuanya siap, kami berkumpul beramai-ramai di lobby resort untuk urusan check-out. Berphoto untuk kenangan.


Kami ke jeti dengan teksi pink yang disediakan.




Beratur untuk naik feri di jeti Pulau Pangkor. Masa ni ramai betul orang yang nak kembali ke tanah besar. Habis sudah percutian kami 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor.

Nanti Kak Feni share pasal pakej yang kami ambil. Berbaloi-baloi sebab murah dan puas hati. Rate 5 star.

4 comments:

  1. Alahamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Syukur sangat.

      Delete
  2. Puashati n seronok sakan kak feni buleh jln2! Abam kie pun dah lama mengidam nak ke Pangkor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer Abam Kie nak pergi sana. Murah2 je pakejnya kalau nak ambil. Kalau nak pergi walk-in pon okey untuk musim2 orang tak ramai. Kalau cuti sekolah atau public holiday, better book awal.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.