Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak-anak

Saturday, August 03, 2019

Apa aktiviti korang hujung minggu macam ni? Kak Feni macam biasa kalau hari Sabtu memang jadi surirumah sepenuh hari. Abahnya kerja hari Sabtu. Jadi kami anak beranak duduk rumah lepak santai.

Kak Feni macam biasa, pagi bangun buat sarapan untuk anak-anak. Abah basuh baju guna mesin basuh auto. Jadi bila dah siap Kak Feni yang akan sidai.

Sebelum ke tempat kerja, abahnya akan bawa 2 ketul tersebut naik motor pergi beli sarapan. Kadang-kadang beli kuih, Kadang-kadang beli nasi, roti dan, sebagainya. Kalau takde benda nak makan Kak Feni buat sarapan yang simple-simple macam nasi goreng, roti bakar atau telur separuh masak. Ikut suka hati janji anak-anak kenyang.

Lepas beli sarapan balik rumah hantar anak dan terus ke tempat kerja. 

Kak Feni akan buat kerja rumah hari minggu. Basuh baju, lipat baju, mop lantai, susun dan kemas-kemas rumah. Bilik air kalau rajin seminggu sekali. Tak rajin 2 minggu sekali. Ikut mood. Haha.

Tengahari masak makan lunch. Lunch pun kadang-kadang cincai jer. Nasi putih, sambal sardin dan juga telur dadar. Setel! Rasa nak makan mewah sikit beli daging dengan ayam. Anak-anak suka makan daging goreng kunyit dengan telur dadar.

Senang jer nak masak. Campak-campak siap. Kenyang kita boleh rilek santai.

Kalau abah ada, dia jarang suruh masak. Ajak makan di luar. Haha lagi senang. Gantung periuk. Ala kalau makan di luar pun lebih kurang jer. Anak-anak bukan makan banyak pun. Kami share-share apa yang anak nak makan.

Sekali sekala bila dapat gaji bolehlah makan mewah sikit. KFC ke McD ke ikut suka dema lah. Kita ikutkan jela sebab bukan selalu. 

Hari ni depa mintak nak lukis guna water colour. Kak Feni biar jela depa nak mengaler. Tak larang cuma cakap dah siap kemas balik. Alhamdulillah dah siap dua-dua kemas balik. Kak Feni tolong basuh dengan lap jela kaler yang tumpah kena lantai tu. Biarlah depa explore dunia ni. Nak bagi keluar takut, jadi buatlah aktiviti indoor jer. 

5 comments:

  1. Selamat berhujung minggu
    Esok dah mula kerje

    ReplyDelete
  2. hujung minggu ni rehat di rumah sj...minggu dpn cuti pnjng baru berjalan hehe

    ReplyDelete
  3. Wow rjin kak feni layn anak2.hihi semoga bhg selalu

    ReplyDelete
  4. sama lah aktiviti sabtu kita, almaklum suami pun keje jgk sabtu satu hari...
    msk yg simple , kdg tak msk pun sabtu tu sbb pagi tu papa nya dh beli makanan siap2... bwk ke tgri... mlm baru msk hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.