Dugaan 2019 - Tabahlah Kita Hadapinya

Gambar sekadar ingatan bersama


Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Sentiasa berputar mengikut peredaran waktu. Namun kita sebagai hamba Allah yang beriman harus terus redha dan pasrah dengan ujian Allah.

Semuanya adalah ujian Allah. Kita takkan selamanya tinggal di atas bumi tuhan ni. Sampai masa akan dijemput pulang. Suka atau tidak kita tetap akan dijemput pulang.

Benda ni boleh menginsafkan kita. Nak terus bersuka ria di atas bumi ini atau pun mempersiapkan bekalan kita untuk ke alam sana dan seterusnya.

Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Jadi jangan khuatir dengan ujian ini.

Adakalanya kita jatuh sampai rasa tak boleh bangun. Hakikatnya kita masih ada lantai untuk bersujud. Maka, sebagai hamba bersyukurlah dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah bagi.

Ujian Allah itu tandanya Dia sangat sayangkan hambanya. Dia uji kita dengan kesusahan supaya kita berdoa dan memohon apa yang kita mahu kepada Dia.

Dia uji kita dengan kesenangan supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Dia beri.

Allah itu Maha Adil. Jangan pertikaikan apa yang Allah bagi. Siapa kita nak persoalkan apa yang Allah bagi ?

Kita hamba.

Allah dah janji,

Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infak kepadamu. (hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

Kenapa Kak Feni menulis entri ni hari ni ?

Seorang sahabat Kak Feni yang Kak Feni sayang baru sahaja menghantar notis perletakan jawatan sebulan. Jadinya bila kira-kira cuti yang tinggal dalam 2 minggu je lagi dia akan meninggalkan pejabat.

Tak ada angin tak ada ribut terus hantar notis. Dah hantar baru dia cerita dengan Kak Feni. Allahuakbar, berat juga ujian yang dia hadapi. Kak Feni pun faham sangat apa yang dia rasa sebab Kak Feni pun pernah kena macam tu.

Teringat beberapa tahun lepas sebelum Kak Feni dapat kerja sekarang ni. Macam-macam pejabat sudah ku naik turun untuk mohon kerja. Bawa kereta ke hulu ke hilir sebab nawaitu utamanya nak kerja.

Masa tu anak sulung kecil lagi. Baru setahun lebih. Teringat anak ku gagahkan juga. Suami pula masa tu memang dah kerja tapi baru nak mulakan hidup, gaji takdelah besar. Hanya cukup-cukup makan je. Kami tinggal di rumah mertua (alhamdulillah dapat mertua yang sangat baik).

Kak Feni pula bukan jenis yang duduk saja tak buat apa. Nak juga cari duit sendiri sebab dah dari kecil suka kerja dan ada duit sendiri. Bila tak kerja boleh kemurungan. Down sangat!

Pernah kemurungan tapi takde sape pun yang tahu. Nasib baik Allah ada. Hari-hari berdoa dan mengadu dengan Allah. Aku nak kerja, aku nak bantu suami aku, aku nak berikan yang terbaik untuk anak aku.

Setelah beberapa bulan interview sana sini. Kak Feni dapat kerja sementara sebagai kerani akaun di syarikat elektronik di Ampang. Sementara sebab kerani akaun tu cuti bersalin. Sebulan Kak Feni kerja, alhamdulillah dapat panggilan masuk kerja di tempat sekarang ni. Kak Feni pun kerja sampai sekarang.

Bila orang tanya kenapa tak move to tempat lain ?

Allahuakbar bukan taknak cabar diri. Ku yang pernah rasa susahnya nak dapat kerja. Bila dah dapat yang selesa dan bahagia macam ni. Entah macam-macam yang ku fikirkan. Banyak benda nak fikir.

Tempat baru, nak kena belajar benda baru. Jumpa kawan baru. Suasana kerja yang baru.

Kak Feni lebih suka buat bisnes online yang boleh jana pendapatan. Lebih enjoy sebab flexible ikut masa kita. Alhamdulillah pendapatan melalui bisnes online pun tak putus. Dulu masa takde kerja, pernah terfikir nak buat bisnes online tapi tak tahu nak buat bisnes apa.

Gaji hakiki dah tentu untuk komitmen bulanan. Bisnes online ni membantu Kak Feni untuk dapatkan apa yang Kak Feni nak. Nak travel ke, nak beli apa yang Kak Feni suka. Kak Feni akan kumpul untung niaga.

Tu jela kot bebelan petang ni.

5 Comments

  1. Allah Maha Mendengar doa dan rintihan hamba2Nya...Dia juga memberi rezeki, Allah Ar-Razzaq..

    bestnya,..ada dual,triple income..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tak semua orang ada gaji namun semua ada rezeki.

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !