Minyak Panas Herba Buatan Homemade Orang Kampung

Thursday, August 15, 2019
Masa nak bersalin Adik Rayyan. Gigih pergi MAHA2014 sebab nak cari minyak panas untuk pantang. Berjalan di MAHA dengan perut yang besar, Allahuakbar hanya tuhan je yang tahu. Masa tu kami sampai cuaca panas sangat. Terik matahari ya ampun.

Kak Feni pantang tetap ikut orang tua-tua. Bangun awal pagi mandi herba-herba yang ada di bawa dari kampung. Yang segar macam daun inai, akar kayu dan juga serai wangi. Hurmmm masih terasa lagi bau-bauan herba-herba ni. Bila dah mandi rasa segar dan bersih je badan ni. Lepas mandi keringkan rambut dengan tuala kering. Lepas tu ikat ketat-ketat buat sanggul jadi kemas.

Bila dah bersanggul bagai ni, sapu minyak angin dekat perut dan kaki seterusnya pakai stoking. Siap-siap untuk berbengkung kalau tak bertungku. Kalau bertungku kena buka bengkung. Kalau pakai bengkung. Tungku tak terasa. Siap bertungku pakai bengkung balik. Ermm nak menghabiskan 44 hari pantang memang bercinta tapi itulah pengalaman yang terindah dalam hidup demi untuk seorang zuriat.

Best sangat bertungku bila tungku pun dibungkus dengan herba seperti daun mengkudu. Bau dia hurmmm best jer. Bagi orang kampung macam Kak Feni ni. Berpantang cara orang kampung memang indah sebab boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

Baju pula kena pakai baju yang tebal dan berlengan panjang. Siap kena pakai baju panas di luar sebab takut badan masuk angin. Bila masuk angin risau sakit kepala dan boleh mengakibatkan kesihatan diri dan anak terganggu.

Penting sangat jaga pantang tak kisahlah cara moden ke cara tradisional. Motif utamanya untuk kesihatan diri dan juga anak kecil. Bila ibu sihat, susu banyak secara tak langsung bayi pun akan sihat. Bila kita pantang dengan betul badan boleh kembali kecil dan ramping macam anak dara. Muka pun naik seri sebab jaga makan dan ikut pantang betul-betul.

Minyak panas tak boleh tinggal  sebab membantu buang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut.

Jadi bagi yang nak order minyak panas herba ni bolehlah contact nombor yang tertera di photo. +60189452191



6 comments:

  1. Sakit urat pun biasanya urut dengan minyak panas kan kak.. Lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula antara sebab kena spare minyak panas di rumah.

      Delete
  2. minyak panas ni mmg kene ada time dllm pntang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena spare minyak pans minyak urut banyak-banyak. Nak je amik sapu.

      Delete
  3. Harus LZ simpan stok minyak panas begini sebab LZ mudah diserang sakit kepala..

    ReplyDelete
  4. sy pun berpantang cara lama..siap bertungku, mandi air herba, berbengkung...ahh rindu tapi kilang dah tutup hehee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.